?>
Surat kepada Persekutuan Persatuan Pelajar Muslim di Eropah;

Semangat, aktiviti dan harapan motivasi para pemuda merintis ilmu dan amal

Semangat, aktiviti dan harapan motivasi para pemuda merintis ilmu dan amal

Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei, menegaskan semangat dan aktiviti anak muda, motivasi mereka dalam membangun tanah air dan memastikan masa depannya, merupakan antara kebanyakan isu lain di negara ini yang mencetuskan ilmu dan amal.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Revolusi Islam, Ayatollah Sayyid Ali Khamenei, menegaskan dalam perutusannya dalam pertemuan ke-55, Persekutuan Persatuan Pelajar Muslim di Eropah bahawa "memainkan peranan dalam isu-isu asas" di dada pemuda Iran yang berani adalah salah satu pencapaian terbaik revolusi Islam.

Teks pesanan beliau yang dibacakan pagi kelmarin oleh Hojat al-Islam Ahmed Vaezi, wakil pemimpin untuk hal ehwal pelajar di Eropah, semasa pertemuan alam maya kesatuan ini, adalah seperti berikut:

"Dengan berlalunya hari demi hari, semakin jelas betapa pentingnya peranan pemuda dalam membangun tanah air dan memastikan masa depannya.

Isu virus Corona juga membuktikan perkara ini.

Kesungguhan, aktiviti pemuda dan harapan mereka yang memotivasi dalam hal ini, adalah sebagaimana kebanyakan isu lain di negara ini, telah menyebabkan pengorakan langkah ilmu dan amal yang hebat. Ini adalah salah satu pencapaian terbesar Revolusi Islam, yang dapat meraih darjat "Memainkan peranan dalam isu-isu asas" yang tersemat di dada para pemuda negara yang terhormat.

Harapan saya, para pelajar yang dikasihi, berusahalah memanfaatkan peluang berharga ini yang ada di berada tangan anda, di samping menghiasi diri anda semaksimum mungkin dengan kecekapan ilmiah, keagamaan dan moral serta kesediaan untuk menjalankan tugas, dan bahawa Kesatuan Komoniti Islam membawa tanggung jawab yang lebih berat, dan sudah tentu lebih banyak kemuliaan dalam hal ini."

..................

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini