?>
Iran kecam AS;

Serangan bertujuan mengganggu hubungan Iran-Iraq

Serangan bertujuan mengganggu hubungan Iran-Iraq

Menteri Luar Iran kecam serangan AS di Iraq sambil menyifatkannya berunsur sabotaj hubungan Iran-Iraq

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri Luar Iran, Javad Zarif berkata beberapa serangan dan insiden terkini bertujuan untuk mengganggu hubungan Iran-Iraq. Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iraq, Fuad Hussein,

Zarif menegaskan beberapa serangan dan peristiwa baru-baru ini di Iraq mungkin dirancang untuk mengganggu hubungan Iran-Iraq.

"Kami menekankan perlunya pemerintah Iraq mencari dalang kejadian seperti itu," katanya.

Dalam pertemuan ini yang diadakan di Teheran, pelbagai isu politik, ekonomi, wilayah dan pertukaran rentas sempadan telah dibincangkan.

Zarif mengecam tindakan AS yang berbahaya untuk menyerang pasukan Iraq di sempadan Iraq-Syria, dengan menyebut serangan haram itu melanggar kedaulatan negara itu.

Dalam pertemuan itu, Menteri Luar Iraq menekankan perlunya kedua-dua pihak bekerja untuk pengembangan hubungan yang komprehensif dan beliau memaklumkan kesediaan Baghdad untuk mengembangkan hubungan.

Merujuk kepada kemajuan yang dicapai dalam rundingan antara kedua negara mengenai akses Iran ke sumber kewangannya di Iraq, beliau menekankan kesediaan negara itu untuk mempermudah akses dana Iran ke di negara itu.

"Saya bersumpah bahawa Baghdad tidak akan membiarkan kejadian dan peristiwa seperti itu disalahgunakan untuk mengganggu hubungan baik Iran dan Iraq," kata Hussain.

Diplomat tertinggi Iraq bertemu dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Nasional Tertinggi Iran Ali Shamkhani tiba di Tehran awal hari ini sekalugus mencatatkan perjalanan kedua diplomat Iraq bulan ini ke Tehran.

Ketua diplomat Iraq melakukan lawatan ke Iran pada awal Februari di mana beliau bertemu dengan Zarif, Shamkhani, dan Presiden Hassan Rouhani.

..................

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*