?>

Shafaat Fatimah untuk para pencinta Ahlul Bait (a.s)

Shafaat Fatimah untuk para pencinta Ahlul Bait (a.s)

Berasaskan riwayat, salah satu tindakan Fathimah Az-Zahra (a.s) di hari kiamat ialah memberikan syafaat kepada para pencintanya dan para pencinta anak cucunya.

Permintaan Fatimah kepada Tuhan di hari kiamat ialah shafaat para pencinta dan pengikut Ahlul Bait (a.s) agar diterima Allah.

Imam Baqir (a.s) berkata:

Tatkala Fatimah tiba di syurga, beliau melihat di belakang.

Maka berkatalah suara: Wahai puteri kekasihKu. Aku perintahkan dikau masuk ke dalam syurga. Apalah lagi yang engkau bimbangkan.

Fatimah menjawab: Wahai Tuhanku, aku suka di hari ini, dengan penerimaan syafaatku, maka diketahuilah kedudukanku.

Maka suara berkata: Wahai puteri kekasihKu. Kembalilah olehmu kepada manusia, lihatlah dan sesiapa yang punyai kecintaan kepadamu di dalam kalbu mereka, atau kepada salah seorang daripada anak cucumu, maka bawalah masuk ke syurga.

Imam Baqir (a.s) dalam riwayat lain berkata:

Di hari kiamat, tertulis di dahi setiap orang, samada kafir atau mukmin. Maka salah seorang pencinta Ahlul Bait yang banyak dosa pun diperintah agar diseret ke neraka. Ketika itu Fatimah terbaca tulisan di antara dua matanya: Pencinta Ahlul Bait (a.s). Maka beliau berkata kepada Allah: Ya tuhanku, Engkau namakan aku Fatimah, engkaulah jua yang menjauhkan para pencinta dan anak cucuku daripada api neraka dengan wasilahku. Dan janjimu benar dan tiadalah engkau mungkiri janji.

berkatalah suara itu: Fatimah engkau berkata benar. Telah aku namakan engkau Fatimah dan dengan wasilahmu, para pencinta dan pengikutmu, para pencinta anak cucumu dan pengikut mereka telah aku jauhkan daripada api neraka. Janjiku benar adanya. Tiadalah sekali-kali aku mungkiri janji.

Maka aku luluskan syafaat, siapa sahaja yang aku perintahkan ke neraka tapi engkau beri syafaat. Agar sekalian malaikat, para nabi dan rasul tahu akan kedudukan mu.

Sekarang, lihatlah, sesiapa sahaja yang dahinya tertulis mukmin, maka ambillah dan bawalah ke syurga.


Demikianlah syafaat untuk para pencinta Fatimah (a.s) di hari kiamat, telah berkata Imam Baqir (a.s) kepada Jabir bin Abdillah al-Ansari:

Wahai Jabir, demi Tuhan, Fatimah memisahkan Syiah dan pencintanya daripada sekalian ahli mahsyar di hari itu. Sebagaimana merpati memisahkan bijirin yang baik dan buruk.

Setelah Fatimah memberi syafaat kepada para pencintanya dan pencinta anak cucunya, maka tibalah masa untuk mengadu keadilan Allah. Dengan kegemilangan, beliau masuk ke dalam syurga.

Salman al-Farisi meriwayatkan daripada Rasulullah (s.a.w), bahawasanya Fatimah membaca ayat ini tatkala masuk ke syurga:

«وَقَالُوا الْحَمْدُللهِ الَّذِی أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَکُورٌ ٭ الَّذِی أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَۀِ مِن فَضْلِهِ لَا یَمَسُّنَا فِیهَا نَصَبٌ وَلَا یَمَسُّنَا فِیهَا لُغُوبٌ؛

Mereka telah berkata: Segala puji bagi Allah yang menyingkirkan dukacita daripada kami, sesungguhnya Tuhan kami maha pengampun lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya. Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal, dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu". - Surah Fatir ayat 34-35

----------------

177


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini