?>

Sheikh Ahmad al-Zayn meninggal dunia

Sheikh Ahmad al-Zain, seorang cendiakawa Muslim Sunni Lubnan dan penyokong kuat Hizbullah telah meninggal dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ketua Persatuan Ulama Muslim Lubnan, Sheikh Ahmad al-Zayn  meninggal dunia semalam, Rabu, 3 Mac 2021, pada usia 88 tahun.

Dalam satu pernyataan rasmi Barisan Tindakan Islam Lubnan telah mengumumkan kematian Syeikh Ahmad al-Zayn, yang merupakan seorang penyokong Kesatuan Islam, Mujahidin dan pencinta Palestin. Pernyataan tersebut mengucapkan takziah kepada rakyat Lubnan, ummat Islam dan ​​Arab.

Almarhum Sheikh Ahmad al-Zain adalah salah seorang ulama Sunni terkemuka di Lubnan, anggota Majlis Perhimpunan Agama Islam, Ketua Persatuan Ulama Islam, dan hakim Syar’i di kota Sidon di Lubnan.

Beliau selalu mengucapkan perlawanan sebagai satu-satunya cara untuk membebaskan wilayah itu dari barah Zionis dan percaya bahawa Revolusi Islam Iran adalah perintis pembebasan Quds yang suci.

Syeikh Ahmad Tawfiq al-Zain dilahirkan pada tahun 1933 di kota Sidon di selatan Lubnan. Beliau berkelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir dan menjadi hakim syar’i mahkamah Syariah Lebanon selama 35 tahun dan Imam Jumaat Masjid Omri Kabir di Sidon.

..............................................

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*