?>

Sri Lanka akan mula bayar hutang selepas 6 bulan - Gabenor

Sri Lanka akan mula bayar hutang selepas 6 bulan - Gabenor

COLOMBO: Sri Lanka akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan lagi untuk mula membayar balik hutangnya, kata bank pusat hari ini ketika kerajaan menutup sekolah kerana kekurangan bahan api.

Gabenor Bank Pusat Sri Lanka, Nandalal Weerasinghe, berkata tidak akan ada pembayaran hutang sehingga negara itu dapat menstruktur semula hutang luar negaranya yang berjumlah AS$51 bilion (RM224.65 bilion).

"Kami berharap dapat mencapai persetujuan dengan pemiutang kami dalam masa kira-kira enam bulan.

"Pendirian kami sangat jelas. Sehingga mereka datang untuk menyusun semula (perjanjian), kami tidak akan dapat membayar," katanya.

342/


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*