?>

Syeikh Zakzaky Akan Pulang Ke Nigeria Selepas Terima Gangguan Di India

Syeikh Zakzaky Akan Pulang Ke Nigeria Selepas Terima Gangguan Di India

Ulama terkemuka Nigeria, Syeikh Ibrahim al-Zakzaki dan isterinya akan meninggalkan India untuk kembali ke Nigeria setelah lawatan perubatan mereka di negara Asia itu mengalami jalan buntu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ulama terkemuka Nigeria, Syeikh Ibrahim al-Zakzaki dan isterinya akan meninggalkan India untuk kembali ke Nigeria setelah lawatan perubatan mereka di negara Asia itu mengalami jalan buntu.

"SYeikh Zakazky dan Mallimah Zinat menyatakan bahawa mereka akan kembali ke Nigeria daripada terus diganggu dan dinafikan penjagaan perubatan yang mereka perlukan di India," kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Islam (IHRC) yang berpangkalan di London pada hari Khamis.

Pasangan itu turut berkata bahawa New Delhi, selepas menerima permintaan dari Abuja telah menghalang mereka daripada menghubungi pasukan perubatan mereka sendiri, pihak peguam, dan juga rakan-rakan.

Mahkamah Nigeria sebelum ini telah membenarkan beliau diikat jamin supaya dia dan isterinya boleh melakukan perjalanan ke India untuk menerima rawatan sewajarnya.

Akan tetapi, setelah melihat layanan New Delhi, kedua-dua pasangan itu dilaporkan berkata bahawa mereka telah "hilang kepercayaan" untuk mendapatkan rawatan sewajarnya di India.

"Tindakan pihak berkuasa India dalam mempermudahkan tindakan gangguan ke atas kedua-dua individu itu di tangan perkhidmatan keselamatan Nigeria adalah luar biasa," kata IHRC lagi. -PRESS TV


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*