?>

Tentera Udara Yaman serang pangkalan Khamis Mushait di Arab Saudi

Tentera Udara Yaman serang pangkalan Khamis Mushait di Arab Saudi

Jurucakap Tentera, al-‘Amid Yahya al-Sari’ mengumumkan operasi serangan terhadap Pangkalan Udara King Khalid, pagi Ahad lalu, dengan pesawat Qasef 2K.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jurucakap Tentera Yaman mengumumkan perlaksanaan operasi serangan terhadap Pangkalan Udara King Khalid yang merupakan pangkalan udara Tentera Udara Diraja Saudi di barat daya Arab Saudi.

Dalam pengumuman tersebut, beliau menyatakan operasi terbaru itu berjaya mencapai sasaran dan kerajaan Yaman berhak melancarkan serangan yang sah itu demi menundukkan musuh yang mengepung negaranya.

Beliau menjelaskan Tentera Udara Yaman melancarkan serangan itu pada 28 April lalu dengan drone pengebom 2K, yang mencapai serangan tepat.

Sementara itu pakatan yang dikepalai Saudi menuduh Yaman telah mensasarkan orang awam yang menjadi pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

----------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*