?>

TERKINI: 950 maut gempa bumi kuat di Afghanistan

TERKINI: 950 maut gempa bumi kuat di Afghanistan

Kabul: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter yang menggegarkan timur Afghanistan mengorbankan sekurang-kurangnya 950 nyawa hari ini, kata pegawai pengurusan bencana, dengan lebih 600 cedera dan jumlah korban dijangka terus meningkat.

Media Afghanistan memaparkan rakaman runtuhan kediaman dengan mayat bergelimpangan di atas tanah.

Helikopter dikerahkan dalam usaha menyelamat mangsa cedera selain terbang membawa bekalan perubatan dan makanan, kata seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri, Salahuddin Ayubi.

"Jumlah kematian mungkin meningkat kerana beberapa kampung berada di kawasan terpencil di pergunungan dan ia akan mengambil sedikit masa untuk mengumpul butiran," katanya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*