?>

Ukraine mahu jadikan BI bahasa komunikasi perniagaan

Ukraine mahu jadikan BI bahasa komunikasi perniagaan

Kerajaan Ukraine sedang mengusahakan undang-undang yang bakal menetapkan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa komunikasi perniagaan di negara ini, kata Perdana Menteri, Denys Shmyhal.

"Kini, bahasa Inggeris digunakan dalam komunikasi perniagaan di seluruh dunia bertamadun. Justeru, pemberian status sedemikian di Ukraine akan memacu pembangunan perniagaan, menarik pelaburan dan mempercepatkan integrasi Ukraine dalam Eropah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan melalui Telegram tanpa memperincikan butiran berhubung undang-undang itu.

Ketika ini, bahasa Ukraine adalah satu-satunya bahasa rasmi negara ini. Kira-kira separuh populasinya bertutur sebahagian besar atau hanya dalam bahasa Ukraine, manakala kira-kira 30 peratus penduduk bertutur kebanyakan atau hanya dalam bahasa Russia, menurut hasil tinjauan pada 2019 oleh Institut Sosiologi Antarabangsa Kyiv.

Menurut syarikat pendidikan antarabangsa berpangkalan di Sweden, EF Education First, penguasaan bahasa Inggeris di Ukraine adalah 'sederhana'.

Bahasa Russia memainkan peranan besar dalam perniagaan dan media, selain masih ditutur secara meluas di banyak bandar termasuk Kyiv, walaupun penggunaan bahawa itu semakin terhad. Undang-undang ketika ini mewajibkan perniagaan dan institusi lain untuk menggunakan bahasa Ukraine. - REUTERS


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*