?>

Video: Apakah Ini Majlis Pengusungan Jenazah Seorang Pengganas

Sekitar empat puluh hari yang lalu - 13 Januari 2020 - pasukan tentera Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara ke atas sebuah konvoi diplomatik ketika mereka sedang berada berhampiran dengan lapangan terbang Baghdad.


Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sekitar empat puluh hari yang lalu - 13 Januari 2020 - pasukan tentera Amerika Syarikat telah melancarkan serangan udara ke atas sebuah konvoi diplomatik ketika mereka sedang berada berhampiran dengan lapangan terbang Baghdad. 


Akibat daripada serangan tersebut, seorang Jeneral Pasukan Quds - cabang daripada Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) - dan Naib Ketua Gerakan Mobilisasi Popular Iraq (PMU) telah terkorban bersama-sama dengan pengiring mereka.

Jeneral itu kemudiannya dikenalpasti sebagai Haji Qasem Soleimani dan sekutunya Iraqnya pula ialah Abu Mahdi al-Muhandis yang mana kedua-duanya adalah figur penting dalam operasi anti-keganasan di negara Iraq dan rantau Timur Tengah secara keseluruhan.

Beberapa jam selpas itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengaku bertanggungjawab ke atas jenayah antarabangsa itu dengan berkata, "Berasaskan perintah saya, tentera Amerika Syarikat pada malam semalam berjaya melancarkan serangan berketepatan tinggi tanpa sebarang kesilapan yang kemudiannya membunuh pengganas nombor satu dunia, Qasem Soleimani."

Sorotan video di atas menunjukkan perhimpunan pengusungan jenazah kedua-dua mangsa serangan itu di beberapa bandar utama Iran dan Iraq.

Perhimpunan yang menyaksikan jutaan manusia yang berpakaian serba hitam berkabung dan meratapi pemergian kedua-dua
figur bersejarah tersebut.

Kini, setelah mengamati video tersebut, kita dihadapkan dengan sebuah persoalan penting yang memerlukan jawapan yang pasti. Soalan yang lahir dari naluri bersih itu menanyakan kepada kita; Apakah ini majlis pengusungan jenazah seorang pengganas?! - ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*