?>

Wakil Khamenei di Iraq kutuk pengeboman bunuh diri Baghdad

Wakil Khamenei di Iraq kutuk pengeboman bunuh diri Baghdad

Wakil Khamenei di Iraq mengeluarkan pernyataan rasmi sebagai mengutuk serangan bom bunuh diri di Iraq

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini, wakil marja’ taqlid Sayyid Ali Khamenei di Iraq, mengeluarkan kenyataan yang mengecam jenayah pengganas Takfiri dalam aksi dua pengeboman bunuh diri di kalangan orang awam di ibu kota Iraq, Baghdad.

Teks lengkap terjemahan Melayu dari pernyataan ini dari bahasa Arab, adalah seperti berikut:

Dengan nama Allah,

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. – Surah al-Nisa, ayat 93

Kita kepunyaan Allah, dan kepadanya jua kita kembali

Sekali lagi tangan khianat keluar sehingga melakukan jenayah dan kekejaman ke atas hak para penduduk awam. Sebuah jenayah yang menyebabkan puluhan jiwa gugur syahid yang mana dalam pandangan kami, tentera upahan penjajah yang angkuh melakukan kejahatan ini.

Kami mengecam jenayah ini dan memaklumkan turut berdukacita kepada keluarga para syuhada dalam tragedi mereka. Kami meminta Tuhan untuk memberikan kesabaran dan ganjaran yang tiada tolok banding kepada keluarga ini, serta pembalasan bagi penjenayah.

Kami meminta kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk memberikan kesembuhan segera untuk mereka yang cedera dan pembersihan tanah suci Iraq dari penjahat-penjahat yang biadab ini, agar Iraq dan orang-orangnya aman dan selamat.

Sesungguhnya Allah jua Maha Mendengar dan Maha Menjawab.

Dan salam sejahtera kepada anda semua dan rahmat daripada Tuhan.

Wakil Imam Sayyid Ali Khamenei di Iraq

Sayyed Mojtaba Hosseini

7 Jamadi Al-Awal 1442

 

Al-Tiran Square di pusat Baghdad, ibu negara Iraq, menyaksikan dua pengeboman bunuh diri serentak pada tengah hari semalam, 14 Januari 2021, yang menyebabkan 32 orang maut dan 110 cedera. Letupan itu disambut dengan gelombang kecaman di dalam dan luar negara.

-----------------

177


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini