Somalia dijanjikan 50 juta dolar di hari putus hubungan dengan Iran, lapor Reuter

  • News Code : 730927
  • Source : Reuter
Brief

Saudi menjanjikan habuan 50 juta dolar di hari Somalia mengumumkan putus hubungan diplomatik dengan Republik Islam Iran. Gambar: Presiden Somalia Hassan Sheikh Mohamoud, bersama King Salman bin Abdulaziz al Saud ketika lawatan rasmi ke Riyadh pada 28 Oktober 2015.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Somalia dijanjikan bantuan sebanyak 50 juta dolar dari Arab Saudi di hari yang sama negara tersebut mengumumkan putus hubungan diplomatik dengan Iran berasaskan satu dokumen ikrar yang sampai ke pengetahuan wartawan Reuter.

Reuter mendedahkan negara Somalia masih tidak mengesahkan atau menafikan kewujudan dokumen tersebut, namun dalam masa yang sama pihak Somalia mendakwa tidak ada sebarang bantuan jangka masa panjang dari Saudi sehingga menyebabkan kerajaannya memutuskan hubungan dengan Iran.

Namun ramai diplomat berkata ianya adalah petanda terbaru yang menunjukkan kerajaan Saudi ingin meraih sokongan dalam menentang Iran ekoran perang dingin yang semakin meruncing bulan ini apabila rejim Saudi memancung kepala ulama Syiah sehingga menyebabkan penduduk Iran berang dan bertindak membakar kedutaan Arab Saudi di Tehran.

Dokumen dari kedutaan Saudi di Nairobi yang ditujukan kepada kedutaan Somalia di Kenya menunjukkan Saudi berjanji akan memberi bantuan 20 juta dolar sebagai belanjawan sokongan dan 30 juta dolar lagi sebagai imbuhan pelaburan di Somalia bagi membangunkan negara tersebut selepas dua dekad terjebak dalam kancah peperangan.

Kedua-dua imbuhan tersebut akan terbit dari Tabung Pembangunan Saudi (Saudi Development Fund), menurut dokumen yang bertarikh 7 Januari, iaitu hari yang sama kerajaan Somalia memutuskan hubungan dengan Iran.

Somalia memutuskan hubungan dengan Iran atas alasan pihak Tehran telah mengganggu keharmonian dalam urusan negara Somalia dan mengancam keselamatan negara.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky