Dokumen bantuan Arab Saudi kepada Sudan terbongkar

  • News Code : 739470
  • Source : ABNA24.com
Arab Saudi meneruskan agenda tekanan politik ke atas Mesir sebagaimana yang dilakukannya terhadap Syria dan Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dokumen tentang sokongan Kementerian Luar Arab Saudi terhadap Sudan yang menghadapi pertikaian sempadan Halayeb dan Shalateen dengan Mesir telah terbongkar.

Surat bertarikh 31 Januari 2016 ini menceritakan permohonan duta Arab Saudi untuk mengadakan pertemuan dengan Ibrahim Ghandour di Khartoum.

Surat ini juga mengandungi catatan tentang ucapan terima kasih Ghandour kepada Raja Salman atas sokongan yang diberikan Arab Saudi kepada Sudan. Selain itu, isi kandugan surat tersebut turut menyentuh tentang kehadiran Menteri Luar Saudi, Adel al-Jubeir dalam persidangan ke-26 Pemimpin Afrika yang membela Sudan dalam isu Halayeb dan Shalateen.

Berasaskan surat ini, Ghandour memberikan perhatian tentang janji manis Arab Saudi tentang sokongan ekonomi Sudan dalam memperbaiki pandangan negara ini terhadap hubungan dengan kumpulan-kumpulan Palestin. Kerajaan Sudan juga dikatakan benar-benar bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang plan baru yang dipersetujui bersama.

Beberapa penganalisa politik berpendapat Arab Saudi sedang berusaha memberikan tekanan terhadap Mesir sebagaimana yang dilakukannya terhadap Yaman dan Syria.

Mesir dan Sudan masing-masing mengaku mempunyai kedaulatan ke atas kawasan Halayeb dan Shalateen.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky