Hubungan Mesir dan Arab Saudi sudah disebut dalam al-Qur'an

  • News Code : 747808
  • Source : ABNA24.com
Brief

Menteri Agama bertegas, jambatan hubungan Mesir dan Saudi telah disebut dalam al-Qur'an

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Menteri agama Muhammad Mokhtar Jum'ah menjelaskan hubungan antara Mesir dan Saudi telah disebut dalam al-Qur'an.

Beliau berkata demikian dengan alasan bahawa maksud ayat 2 dan 3 dari surah Tin "Dan Gunung Tursina, serta negeri yang aman ini" bermaksud Mesir dan Makkah. Oleh itu beliau menyimpulkan Allah (s.w.t) menjalinkan hubungan antara kedua-dua negara ini.

Selain itu, beliau juga mengejutkan banyak pihak apabila menggunakan ayat-ayat tersebut demi mengiyakan tindakan Mesir menyerahkan kedaulatan pulau Sanafir dan Tiran kepada Saudi.

Ulama Mesir, Sheikh Muhammad Abdullah Nasr mengkritik kenyataan tersebut dalam program televisyen "al-Hadath al-Youm" dengan menyifatkan tindakan Menteri Agama tersebut adalah penyelewengan penggunaan ayat-ayat al-Qur'an.

Tambah beliau lagi, "Muhammad Mokhtar Jum'ah memperalatkan ayat-ayat Ilahi demi memuaskan matlamat al-Sisi. Kita tidak izinkan permainan dengan agama Allah dan kita bangkit menentangnya sebagaimana kita menentang Ikhwanul Muslimin."

Sementara itu seorang penganalisa politik menyindir kunjungan Raja Salman ke atas Mesir dan kenyataan Menteri Agama ini dengan membaca ayat dari surah al-Naml, ayat 34 yang bermaksud, "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky