Presiden Parti Salafi Mesir menyeru rakyat bangkit memerangi Syiah

  • News Code : 759278
  • Source : Abna24.com
Brief

Younes Makhioun mengajak rakyat Mesir menyerang Syiah, namun mendapat tentangan Parti Watan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Parti Salafi al-Nour, Younes Makhioun berkata, "Kami sudah beberapa kali memberi peringatan bahawa Hizbullah sayap Iran berhasrat mendominasi hati negara Arab demi merealisasikan mimpi Iran di seluruh rantau.

Anasir anti Syiah di Mesir, Younes Makhioun mendakwa sudah beberapa kali memberi amaran bahawa Syiah sedang berpura-pura di negara Mesir, sedangkan mereka setia dengan Iran dan para marja' taqlid di Qom dan Najaf.

Makhioun mendakwa lagi, mimpi Iran yang paling besar ialah mengancam keselamatan jantung dunia Islam iaitu Mesir, seterusnya negara-negara Arab. Masyarakat Mesir sedang menghadapi bahaya Syiah. Tambahnya lagi, "Malangnya negara-negara Arab sibuk dengan krisis dalaman yang diwujudkan oleh Barat, Amerika dan rejim Israel."

Sementara itu, jurucakap rasmi Parti Watan Mohamad al-Ghobashi membidas perseteruan Makhioun terhadap Syiah dan menyindir, "Seruan Makhioun untuk memerangi Syiah sepatutnya berada di atas saluran al-Azhar, bukannya Salafi, supaya mereka tidak mengulangi penentangan terhadap Syiah."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky