Waleed Arafat: Golongan Wahhabi minta sokongan tentera Israel untuk rampas kuasa!

  • News Code : 766015
  • Source : mesrtimes.com
Brief

Wakil Wahhabi Nader Bakkar telah mengiktiraf entiti Zionis dan meminta bantuan mereka menjadi pengantara dengan amerika untuk melengkapkan mereka bagi memerangi rakyat Mesir. Boleh jadi mesyuaratnya (dengan Zionis) itu terjadi kerana rakus ingin merampas kuasa dengan tindakan bersenjata.


Tidak asing lagi, terdapat kesefahaman agama antara Wahabi dan Zionis, bahkan matlamat politik merupakan visi politik bersekutu antara pengikut kedua-dua gerakan ini.

Fakta terbaru menunjukkan gerakan Wahhabi memainkan peranan yang meragukan apabila menaja dan membiayai para pengikutnya. Lebih mengerikan apabila terdapat pihak yang mendedahkan gerakan Israel di dalam tentera Mesir.

Menyorot politik Wahhabi/ Salafi di kawasan Arab dengan lebih dekat, tersingkaplah usaha mereka dalam melaksanakan misi Zionis dan membentangkan latar penegakan kerajaan Israel Raya dari Nil sampai ke Furat.

Fahaman Wahhabi atau bergelar Salafi ini sudah lama bertapak dalam sejarah Sunni, kini mengorak langkah menjadi batu api dalam penerbitan fatwa, penyaluran dana dan pembentukan plan konspirasi konflik mazhab di rantau Arab. Sasarannya ialah tiga tentera Arab yang terpenting dan terkuat iaitu di Mesir, Syria dan Iraq. Wahhabi melancarkan perang secara tidak wajar terhadap Yaman dan menubuhkan banyak kumpulan pengganas untuk menjajah negara-negara Arab dengan mencetuskan perbalahan dan perang saudara. Setelah itu fahaman terrorisme inilah sebenarnya melancarkan pembunuhan etnik Arab secara besar-besaran yang tidak pernah dilihat dalam rekod sejarah.

Sudah sedia maklum, impian Israel Raya mendapat tentangan utama dari blok Arab yang memustahilkan cita-citanya menguasai wilayah dari Nil sampai Furat melainkan setelah mencetuskan pembunuhan bangsa Arab sebanyak mungkin.

Senjata Nuklear dan kaedah pertempuran tidak memihak kepada Israel apabila tidak berani masuk ke medan tempur untuk peperangan secara langsung dengan Mesir. Oleh yang demikian itu gerakan Zionis membuat keputusan untuk mencipta senjata bonekanya.

Dari sini wujudlah peperangan saudara atas slogan pembunuhan Arab sebagai cara yang paling mustajab untuk mencapai cita-cita Zionis ini.

Tidak ada cara yang lebih baik melainkan membangunkan askar Wahhabi untuk menjalankan tugas demikian dengan menyalurkan dana hasil minyak, fatwa sheikh-sheikh Wahhabi dan askar bersekutunya untuk memerangi askar Arab dari berbagai arah, kemudian barulah ia dapat melumpuhkan gagasan rakyat demi menyerahkan rantau kepada Zionis.

Dari Iraq sampai ke Syria dan Lubnan, hingga ke Sina kemudian Libya, fahaman Wahhabi melancarkan perang ke atas bangsa Arab atas berbagai nama kumpulan. Semuanya terbit dari jubah Wahabi yang dibiayai oleh Qatar dan Arab Saudi, didanai Amerika dan Turki, manakala Israel hanya duduk dalam bilik operasi bagi mengawal peperangan.

Setelah itu terbongkar pula insiden mesyuarat rahsia antara penasihat presiden Parti Noor Nader Bakkar dengan bekas menteri luar Zionis Tzipi Livni yang menguak birai hubungan erat antara Wahhabi Mesir dengan entiti Zionis.

Hubungan haram tersebut dinyatakan oleh kumpulan Da'wah al-Salafiyah ketika bertempur untuk menguasai wilayah Mesir dan meluaskan ajaran Wahhabi, bersama pendedahan ucapan, pertemuan, mesyuarat dan promosi orang Wahhabi yang berkaitan dengan entiti Zionis. Golongan Wahhabi menukar isu perbalahan bersejarah antara Arab dan Zionis kepada konflik sesama Muslim yang dinamakan Sunni dan Syiah. Demikian juga konflik antara Muslim dan Kristian dalam rangka memadam lembaran permusuhan dengan Zionis, seterusnya mengemudi konflik ke arah rakan-rakan seagama atau setanah air. Akhirnya ia mendorong kepada pergeseran kaum dan kemusnahan negara demi mematangkannya untuk dicengkam Zionis.

Maka utuhlah beberapa slogan seperti "Iran lebih bahaya dari Israel", "Syiah lebih bahaya dari Yahudi", "Kristian adalah kafir, musuh Allah dan negara"... "bumi Arab hanya milik Muslimin, wajib mengusir atau menghapuskan Kristian".

Bagi yang mengikuti kenyataan status Wahhabi Salafi di dalam intiernet, nescaya akan dapati intisarinya adalah satu, susunan dan penyelarasannya dikawal oleh satu pihak. Programnya menyeru kepada hasutan konflik mazhab, menyemarakkan kebencian antara penganut agama yang satu, sedangkan tidak terdapat satupun kalimah di antara status mereka yang mengutuk Zionis, atau cenderung ke arah membencinya malah yang terjadi adalah sebaliknya. Terdapat sejumlah besar kaki tangan elektronik Wahabi Salafi yang menyinari wajah Israel dan menyingkirkan lembaran-lembaran Yahudi yang disebut dalam al-Qur'an, mendustakan Sunnah Nabi tentang Yahudi dan perbuatan mereka, merealisasikan tujuan poltik Israel dan menyeru ke arah berdamai dengan mereka.

Hasutan bukanlah satu-satunya senjata Wahhabi dalam memerangi rakyat Mesir. Malah militan-militannya turun ke jalan-jalan menyokong kumpulan Ikhwan dalam operasi terrorisme, bergerak ke kampung-kampung di Mesir, membakar gereja, membunuh orang Kristian dan Syiah, melakukan berbagai jenayah selain menjadi dalang keganasan di Sinai.

Pasukan Mesir dan perpaduan rakyat tidak mengizinkan Salafi bertindak di Mesir seperti yang mereka lakukan di Syria dan Iraq. Oleh itu kegiatan mereka terbatas dengan bermain api fitnah antara puak sebagaimana batang mancis di tepi goresan.

Tumpasnya Wahhabi dalam merealisasikan matlamatnya sejak tahun-tahun kebelakangan ini, dan tersungkurnya mereka di hadapan kuasa rakyat Mesir dan perpaudannya adalah faktor kelemahan gerakan mereka. Maka Wahhabi mula mengorak langkah untuk mengambil intensif rampasan kuasa. Mereka mula melancarkan gerakan politik dalam bentuk peranti untuk mengawal tampuk pemerintahan negara dan diserahkan secara sukarela kepada entiti Zionis yang akan melakukan apa sahaja dikehendakinya.

Wakil Wahhabi Nader Bakkar telah mengiktiraf entiti Zionis dan meminta bantuan mereka menjadi pengantara dengan amerika untuk melengkapkan mereka bagi memerangi rakyat Mesir. Boleh jadi mesyuaratnya (dengan Zionis) itu terjadi kerana rakus ingin merampas kuasa dengan tindakan bersenjata.

Nader Bakkar enggan mengulas pertemuan rahsia bersama pegawai Zionis sehingga radio Israel mendedahkan pertemuan Menteri Luar Medir Sameh Shoukry di Tel Aviv dan pertemuan Perdana Menteri entiti Israel Benjamin Netanyahu.

Pertemuan itu menimbulkan banyak tanda tanya sehingga menimbulkan kontroversi di jalan-jalan di Mesir dan Arab. Apakah perisikan Mesir juga sedar apa yang berlaku di antara Zionis dan Salafi? Apakai ia mencapai titik konspirasi di peringkat ancaman keselamatan negara Mesri? Adakah Shoukry melawat negara Palestin yang dijajah Israel bagi memberi amaran kepada Zionis? Apakah kini skandal sudah meletup setelah menyedari betapa perlunya menyaring pengkhianatan dan tentera upahan di tanah air sendiri?

Sudah tentu banyak soalan berputar di fikiran ramai, dan membuka pintu untuk berfikir secara mendalam yang bukan sahaja dalam fotmat plot fahaman Wahhabi ke atas Mesir semata-mata, bahkan cara Mesir menguruskan musuh-musuh, dan peranan Kementerian Luar Mesir dalam menggagalkan plot, dengan peperangan rakyat Mesir dengan musuh-musuhnya di masa akan datang.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky