Ulama Mesir tolak keputusan kerajaan seragam khutbah Jumaat

  • News Code : 768619
  • Source : Berita Harian
Brief

Majlis Ulama Kanan Al-Azhar memberi amaran bahawa keputusan kerajaan itu akhirnya akan menghasilkan pemikiran ulama yang cetek dan "membekukan" wacana agama.

KAHERAH: Ulama kanan pihak berkuasa tertinggi Islam Mesir, al-Azhar, menolak keputusan baharu kerajaan untuk menyeragamkan khutbah solat Jumaat.


Majlis Ulama Kanan Al-Azhar memberi amaran bahawa keputusan kerajaan itu akhirnya akan menghasilkan pemikiran ulama yang cetek dan "membekukan" wacana agama.

"Imam akan sedar mereka tidak dapat berbincang, berdebat, dan memberi tindak balas kepada idea (pelampau) sekali gus memberi amaran kepada rakyat," kata majlis itu dalam satu kenyataan Selasa lalu.

Pengkritik berkata inisiatif menyeragamkan khutbah, yang dilancarkan oleh Kementerian Wakaf Agama Mesir, adalah satu percubaan baharu kerajaan untuk mengetatkan kawalan kerajaan ke atas wacana agama.

Kementerian ini bertanggungjawab untuk mengawal selia masjid dan rumah-rumah ibadat. Menteri Wakaf Agama, Mokhtar Gomaa berkata, langkah itu bertujuan untuk memerangi idea pelampau, tetapi majlis itu berkata matlamat itu boleh dicapai melalui peningkatan potensi ulama Islam.

"Imam perlu latihan yang serius dan pengetahuan supaya mereka mampu berhadapan dengan idea-idea radikal dan ganjil melalui pengetahuan dan intelek yang betul," katanya.

Ketika mengabaikan penolakan Al-Azhar terhadap undang-undang baharu itu, jurucakap Kementerian Wakaf Agama, Gaber Tayaa berkata kementerian itu akan bergerak ke hadapan dengan mengeluarkan khutbah bertulis umum, yang bertujuan untuk menghentikan "huru-hara" dalam wacana agama semasa. - Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky