Pihak berkuasa Mesir berkata bahawa sejumlah 162 mayat telah ditarik keluar dari perairan Mesir

162 Mayat Ditemui Setelah Bot Yang Membawa Pelarian Dilaporkan Karam Di Mesir

  • News Code : 781179
  • Source : Presstv
Brief

Pihak berkuasa Mesir berkata bahawa sejumlah 162 mayat telah ditarik keluar dari perairan Mesir setelah kapal yang membawa mereka dan penumpang yang lain dilaporkan karam pada Rabu lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pihak berkuasa Mesir berkata bahawa sejumlah 162 mayat telah ditarik keluar dari perairan Mesir setelah kapal yang membawa mereka dan penumpang yang lain dilaporkan karam pada Rabu lepas.

Operasi mencari dan menyelamat dilaporkan masih dijalankan pada hari semalam. Pihak tentera Mesir pula berkata bahawa mereka telah menyelamatkan
163 mangsa yang lain. Kebanyakan mangsa dikatakan terdiri daripada rakyat Mesir manakala selebihnya pula terdiri daripada rakyat Syria, Sudan, Eritrea, dan
Ethiopia. Mereka adalah pelarian yang ingin memasuki Eropah.

Mereka yang terselamat berkata bahawa kira-kira 450 pelarian berada di atas bot nelayan yang penuh sesak itu dalam rangka menuju ke negara Itali apabila ia
tenggelam kira-kira 12 kilometer dari luar pantai.

Sehubungan dengan perkara ini, pihak berkuasa telah menahan empat penyeludup manusia yang disyaki terbabit dalam peristiwa tersebut.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sejak 2014, lebih daripada 10,000 pelarian telah kehilangan nyawa mereka dalam percubaan menyeberangi lautan Mediterranean untuk sampai ke Eropah.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menggambarkan tahun ini sebagai "Tahun yang paling berbahaya dalam rekod Lautan Mediterranean."

Perjalanan laut yang merentasi Lautan Mediterranean dari Mesir ke Itali adlah sebuah laluan yang sangat berbahaya. Laluan ini pada kebiasaannya memakan masa
lebih daripada 10 hari dan adalah salah satu daripada beberapa laluan yang digunakan oleh pelarian untuk memasuki Eropah.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky