Mahkamah rayuan Mesir telah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas presiden Mesir, Mohamamed Morsi.

Mahkamah Mesir Kekalkan Hukuman Penjara 20 Tahun Buat Morsi.

  • News Code : 787105
  • Source : Presstv
Brief

Pada hari Sabtu (22/10), mahkamah rayuan tertinggi negara Mesir telah menolak rayuan Morsi sekaligus mengekalkan hukuman yang sebelumnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mahkamah rayuan Mesir telah mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas bekas presiden Mesir, Mohamamed Morsi. Keputusan itu dibuat pada hari Sabtu (22/10) oleh mahkamah tersebut.

Morsi yang merupakan presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik menerima hukuman penjara tersebut pada April 2015 berikutan tuduhan menghasut keganasan berdekatan Istana Presiden semasa protes tahun 2012.

Mahkamah juga mengekalkan hukuman ke atas 8 orang lagi yang didakwa bersama bekas presiden Mesir itu yang mana 7 daripada mereka menerima hukuman penjara yang sama dengan Morsi manakala seorang lagi menerima hukuman penjara 10 tahun.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky