Kerajaan setakat ini tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah penyalahgunaan kuasa di negara tersebut: Media.

Rakyat Maghribi Turun Ke Jalan Bantah Kematian Seorang Penjual Ikan.

  • News Code : 789137
  • Source : Presstv
Brief

Beribu-ribu rakyat Maghribi menyertai tunjuk perasaan yang kini memasuki hari yang keempat untuk membantah pihak kerajaan di atas kematian seorang penjual ikan yang maut kerana dihancurkan di dalam sebuah lori sampah selepas bergelut dengan pihak polis.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beribu-ribu rakyat Maghribi menyertai tunjuk perasaan yang kini memasuki hari yang keempat untuk membantah pihak kerajaan di atas kematian seorang penjual ikan yang maut kerana dihancurkan di dalam sebuah lori sampah selepas bergelut dengan pihak polis.

Tunjuk perasaan diadakan di ibu negara Maghribi, Rabat dan di wilayah al-Hoceima di mana mangsa, Mouhcine Fikri dilaporkan meninggal dunia pada hari Jumaat lepas. Di dalam tunjuk perasaan tersebut para peserta menyalahkan institusi diraja Maghribi ke atas kematian itu.

Kematian Fikri telah mencetuskan sebuah bantahan terbesar di negara tersebut sejak tahun 2011 apabila protes yang berlaku di negara-negara berdekatan berjaya menjatuhkan beberapa rejim tempatan seperti di Tunisia dan Mesir. Fenomena itu kemudiannya dikenali sebagai 'Arab Spring'.

Kematian Fikri yang bergitu mengerikan telah disamakan oleh sesetengah pihak dengan kematian peniaga jalanan Tunisia pada tahun 2010 yang mencetuskan revolusi di dunia Arab.

Raja Maghribi walaubagaimanapun berjaya mengharungi cabaran yang dibawa oleh 'Arab Spring' ke negaranya tetapi kematian Fikri telah sekali lagi meletakkan institusi tersebut di dalam kedudukan yang berbahaya.

Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, Raja Mohamed keenam yang kini dalam lawatan ke negara-negara Afrika mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk melawat keluarga mangsa dalam rangka meyakinkan mereka bahawa siasatan yang teliti akan dijalankan ke atas insiden tersebut.

Walaubagaimanapun perintah tersebut tidak banyak memberi kesan dalam meredakan kemarahan para penunjuk perasaan. Para pelajar yang berang di al-Hoceima telah memboikot sekolah pada hari Isnin iaitu sehari selepas insiden itu dilaporkan berlaku. Insiden tersebut juga telah mencetuskan protes di lebih daripada 20 buah bandar di seluruh Maghribi. "Penjenayah, pembunuh, pengganas," jerit para penunjuk perasaan yang jelas kecewa dan berang terhadap kerajaan.

Samir Bennis, ketua pengarang Morocco World News, dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan setakat ini tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah penyalahgunaan kuasa di negara tersebut.

"Di dalam protes sebeginilah, rakyat Maghribi mampu untuk menyampaikan kejengkelan mereka ke atas penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pihak tertentu kepada kerajaan," katanya.

Setakat ini, insiden yang mengakibatkan kematian penjual ikan tersebut masih diselubungi misteri.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky