Sisi Seru Sokongan Antarabangsa Terhadap Tentera Syria, Iraq dan Libya.

  • News Code : 793715
  • Source : al Manar
Brief

Presiden Mesir, Abdel Fattah Sisi menyuarakan sokongan beliau ke atas tentera Syria, Libya dan iraq di dalam pertempuran mereka menentang keganasan di wilayah mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fattah Sisi menyuarakan sokongan beliau ke atas tentera Syria, Libya dan iraq di dalam pertempuran mereka menentang keganasan di wilayah mereka.

Di dalam sebuah temu ramah dengan rangkaian Televisyen RTP pada hari Selasa lepas, Sisi berkata bahawa bantuan dan sokongan antarabangsa perlu digembelingkan dalam upaya membantu tentera kebangsaan Libya, Iraq dan Syria yang berusaha keras mewujudkan keselamatan di negara mereka.

"Adalah lebih baik tentera kebangsaan mana-mana negara itu sendiri mempertahankan keselamatan dan kestabilan negara mereka," jawab Sisi apabila ditanya tentang kemungkinan Mesir menghantar tenteranya ke Syria.

"Sudah 5 tahun Syria menderita. Prinsip kami (di dalam isu ini) adalah menghormati rakyat Syria," kata Presiden Mesir itu yang menambah bahawa penyelesaian politik adalah solusi terbaik bagi menangani krisis tersebut.

Di dalam konteks yang sama, Sisi menggesa semua pihak terbabit untuk memerangi keganasan secara lebih serius dan berusaha untuk melucutkan senjata kumpulan-kumpulan pengganas dalam rangka memelihara kesatuan negara Syria yang kini tenggelam di dalam konflik kemanusiaan yang dahsyat.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky