Wartawan Israel Dedah Jenayah Mossad Bunuh Jurutera Tunisia

  • News Code : 801152
  • Source : Media
Brief

Seorang wartawan Israel telah mengusulkan bukti yang menunjukkan bahawa jurutera dron Tunisia yang bekerja dengan gerakan Hamas telah dibunuh oleh badan perisikan Israel, Mossad.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang wartawan Israel telah mengusulkan bukti yang menunjukkan bahawa jurutera dron Tunisia yang bekerja dengan gerakan Hamas telah dibunuh oleh badan perisikan Israel, Mossad.

Selepas menjalankan siasatan yang panjang, Alon Ben David yang bekerja di Channel 10 menerbitkan sebuah artikel di dalam surat khabar Maariv pada hari Isnin yang berisi bukti tentang pembunuhan Mohamed Zaouari di tangan agen-agen Mossad. Di dalam artikel itu, wartawan tersebut mendakawa bahawa mangsa telah diumpan oleh seorang agen Mossad yang menyamar sebagai seorang wartawan.

"Umpan tersebut adalah seorang agen Mossad yang membuat beberapa temu ramah dengannya," kata David di dalam laporannya. "Apabila dia (agen wanita) memperolehi kepercayaan (mangsa), dia memohon daripada mangsa untuk bekerjasama di dalam sebuah temu ramah terakhir," tambahnya.

David kemudiannya menulis bahawa pada hari temu ramah itu dibuat, dua orang agen Mossad menemui mangsa dan membunuhnya. "Pada saat dia sudah dihapuskan, umpan sudahpun meninggalkan Tunisa," katanya lagi.

Dia juga berkata bahawa prosedur yang digunakan oleh agen-agen terbabit adalah sebuah amalan biasa di dalam badan tersebut.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky