Iran Puji Pemindahan Kuasa Secara Aman Di Gambia

  • News Code : 806641
  • Source : ABNA24
Brief

Kementerian Luar Iran memuji pemindahan kuasa secara aman di Gambia beberapa jam setelah bekas presiden negara itu, Yahya Jammeh berangkat ke Senegal sekaligus menamatkan pemerintahan 22 tahunnya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kementerian Luar Iran memuji pemindahan kuasa secara aman di Gambia beberapa jam setelah bekas presiden negara itu, Yahya Jammeh berangkat ke Senegal sekaligus menamatkan pemerintahan 22 tahunnya.

Menurut jurucakap kementerian itu, Republik Islam Iran sentiasa memberikan perhatian ke atas perkembangan yang berlaku di Gambia memandangkan negara itu adalah salah sebuah negara Islam terpenting di wilayah Afrika Barat. Kenyataa itu dibuat pada hari Ahad.

Dia turut memuji tindakan beberapa negara serantau dan juga pertubuhan Komuniti Ekonomi Negara-Negara Afrika Barat (ECOWAS) yang menyumbang kepada proses tersebut.

Jammeh meninggalkan negara itu pada hari Ahad sekaligus memberikan ruang untuk Adama Barrow yang berjaya mengalahkan bekas presiden itu pada pilihan raya 2016 untuk pulang ke negara Gambia.

Jammeh yang memerintah Gambia selama 22 tahun tewas kepada Adama Barrow pada pilihan raya presiden tahun 2016. Adama Barrow sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai presiden negara itu di kedutaan Gambia yang terletak di Senegal. Berita Jammeh meninggalkan negara menyebabkan Barrow mengambil keputusan untuk pulang ke Gambia secepat mungkin.

Sebelum ini, beberapa negara Afrika Barat telah menghantar tentera mereka ke Gambia untuk memaksa Jammeh meletakkan jawatan. Jammeh sebelum ini menerima kekalahannya. Akan tetapi, dia kemudiannya mengubah pendiriannya dan mendakwa bahawa terdapat penipuan berlaku di dalam proses pilihan raya tersebut. Pada suatu ketika, dia juga mengisytiharkan undang-undang darurat di negara Afrika itu untuk membolehkannya terus berkuasa di Gambia.

Keputusan Jammeh untuk melepaskan jawatan dan meninggalkan negaranya berjaya meredakan krisis politik yang memaksa sebahagian rakyat Gambia meninggalkan negara mereka dan memasuki sempadan Senegal.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky