Presiden Baharu Gambia Tiba Di Negara Itu

  • News Code : 807523
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Gambia yang baru terpilih, Adama Barrow telah tiba di negara tersebut selepas pendahulunya, di bawah tekanan kuasa antarabangsa bersetuju untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan Gambia untuk tinggal di dalam buangan di Equatorial Guinea.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Gambia yang baru terpilih, Adama Barrow telah tiba di negara tersebut selepas pendahulunya, di bawah tekanan kuasa antarabangsa bersetuju untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan Gambia untuk tinggal di dalam buangan di Equatorial Guinea.

Pada hari Khamis, Barrow dilaporkan tiba di Banjul dari Senegal di mana beliau telah mencari suaka sejak pertengahan Januari di negara itu selepas pendahulunya, Yahya Jammeh enggan mengaku kalah di dalam pilihan raya presiden yang dianjurkan pada Disember lepas.

Barrow memenangi pilihan raya tersebut. Akan tetapi, Yahya Jammeh yang pada awalnya menerima keputusan pilihan raya itu, berubah fikiran dan kemudiannya mencabar keputusan itu di mahkamah. Keputusan Jammeh menyebabkan negara Afrika Barat itu terjerumus di dalam ketidakstabilan politik yang menyebabkan sebahagian warga Gambia mengambil keputusan untuk meninggalkan negara mereka.

Sejurus ketibaanya di Banjul, Barrow disambut oleh pada pegawai tentera dan ahli parlimen daripada pakatan politiknya. Para penyokong Barrow turut menunggu ketibaan beliau di ibu kota Gambia pada hari yang sama.

"Kami berharap ketibaan Barrow sebagai presiden akan memvawa perubahan (ke negara ini)," kata penyokongnya.

Barrow sebelum ini mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara itu di kedutaan Gambia yang terletak di Senegal.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky