Saman pertama terhadap Arab Saudi dilaporkan di mahkamah A.S setelah JASTA diluluskan

Mangsa Tragedi 9/11 Pertama Menyaman Arab Saudi Di Atas Kematian Suaminya.

  • News Code : 782484
  • Source : Presstv
Brief

Seorang balu yang suaminya terbunuh di dalam tragedi 9/11 telah memulakan proses menyaman Arab Saudi. Beliau menuntut ganti rugi daripada kerajaan negera teluk itu di atas kematian suaminya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang balu yang suaminya terbunuh di dalam tragedi 9/11 telah memulakan proses menyaman Arab Saudi. Beliau menuntut ganti rugi daripada kerajaan negera teluk itu di atas kematian suaminya.

Stephanie Ross DeSimone, telah memfailkan aduannya di sebuah mahkamah di Washington pada hari Jumaat semalam dengan menuduh kerajaan Arab Saudi telah membekalkan bantuan kepada pertubuhan pengganas al-Qaeda dan pemimpinnya Osama bin Laden yang di tuduh oleh para pegawai Washington sebagai perancang utama tragedi tersebut.

Tindakan itu datang setelah para Senator A.S mengundi untuk meneruskan dengan Akta Keadilan Terhadap Penaja Keganasan (JASTA). Keputusan undian menunjukkan 97 orang senator menyokong akta itu dan hanya seorang sahaja yang menolaknya. Akta tersebut membolehkan keluarga mangsa tragedi 9/11 untuk menyaman Arab Saudi dengan menghilangkan imuniti mereka daripada pendakwaan di mahkamah Amerika Syarikat.

Obama sebelum ini telah memveto rang undang-undang tersebut dan hanya Pemimpin Minoriti senat, Harry Reid seorang wakil Demokrat dari Nevada yang mahukan supaya veto presiden A.S itu  dikekalkan di dalam undian yang dibuat Rabu lepas.

15 daripada 19 pengganas yang terlibat di dalam tragedi tersebut memegang kerakyatan Arab Saudi dan sebahagian bukti juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai hubungan dengan pegawai-oegawai tinggi kerajaan monarki itu.

DeSimone kehilangan suaminya, Patrick Dunn pada hari serangan tersebut di Pentagon ketika beliau masih hamil. Dia juga mewakili anak perempuannya di dalam kes tersebut.

JASTA secara amnya menghilangkan imuniti negara-negara lain daripada menghadapi pendakwaan di mahkamah A.S.

Pada hari Rabu lepas, Obama mengatakan bahawa tindakan Kongres yang menolak vetonya adalah sesuatu tindakan merbahaya yang pertama kali berlaku sepanjang perkhidmatan beliau sebagai ketua Rumah Putih.

Kesatuan Eropah juga mendesak Obama supaya memveto akta tersebut sambil memberikan amaran bahawa tindakan itu akan merosakkan hubungan bi-lateral di antara negara.

Arab Saudi juga dengan keras menolak akta itu sekaligus mengugut untuk menjual aset A.S miliknya yang bernilai kira-kira $ 750 bilion.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini