Clinton mahu Assange di "dron" dalam rangka mendiamkan Wikileaks

Hillary Clinton Pernah Pertimbangkan Guna Serangan Dron Ke Atas Assange: Laporan

  • News Code : 783148
  • Source : RT
Brief

Calon Presiden A.S, Hillary Clinton yang berasal daripada parti Demokrat dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menggunakan serangan dron ke atas pengasas Wikileaks, Julian Assange

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon Presiden A.S, Hillary Clinton yang berasal daripada parti Demokrat dilaporkan pernah mempertimbangkan untuk menggunakan serangan dron ke atas pengasas Wikileaks, Julian Assange. Perkara itu berlaku ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Negara A.S di bawah pentadbiran Obama.

Menurut laporan yang dibuat oleh True Pundit, Clinton dan jabatan negara berada di bawah tekanan yang luar biasa untuk mendiamkan Assange dan Wikileaks sebelum laman sesawang itu menerbitkan sebanyak 250000 buah fail diplomatik yang bertarikh daripada tahun 1966 hinggalah 2010.

"Bolehkah kita 'dron' sahaja lelaki ini?" tanya Clinton menurut sebuah sumber daripada jabatan negara.

Clinton dan jabatan negara telah mengadakan beberapa perjumpaan untuk membincangkan tentang apa yang mereka mampu lakukan terhadap Assange dan laman sesawangnya yang setakat itu telah menerbitkan beberapa laporan yang membongkar rahsia berkaitan dengan aktiviti ketenteraan A.S di dalam peperangan mereka di Afghanistan dan Iraq sebelum tumpuan Assange beralih kepada fail-fail diplomatik Washington. Clinton pada ketika itu jelas berada di bawah tekanan Rumah Putih dan juga kerajaan-kerajaan asing untuk mendiamkan Assange dan Wikileaks.

Laporan itu juga mengatakan bahawa mereka yang berada di dalam perjumpaan tersebut tertawa apabila mendengar usul Clinton untuk menggunakan dron ke atas Assange sambil menganggapnya sebagai sebuah gurauan. Di dalam mesyuarat yang berlangsung pada 23 November tahun 2010 itu, ternyata Clinton yang berada di dalam keadaan marah, serius di dalam mengutarakan usulnya sambil merujuk Assange sebagai "sasaran mudah".

Assange yang sebelumya dijangkakan akan membuat pengumuman penting pada hari Selasa ini telah membatalkan rancangan tersebut kerana kekhuatiran yang timbul daripada isu keselamatan.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini