Trump Diiring Turun Dari Pentas Selepas Ancaman Senjata Palsu.

  • News Code : 790196
  • Source : AFP
Brief

Calon Republikan bagi pilihan raya Presiden A.S, Donald Trump terpaksa diiring turun dari pentas oleh para pegawai keselamatan semalam selepas dikejutkan oleh ancaman pistol palsu ketika muncul untuk berkempen di Reno.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon Republikan bagi pilihan raya Presiden A.S, Donald Trump terpaksa diiring turun dari pentas oleh para pegawai keselamatan semalam selepas dikejutkan oleh ancaman pistol palsu ketika muncul untuk berkempen di Reno.

Perkhidmatan Rahsia A.S yang ditugaskan untuk memberikan perlindungan keselamatan kepada calon presiden selepas itu berkata bahawa seorang individu yang berada di khalayak ramai menjerit 'senjata' namun tiada senjata ditemui.

Trump kemudian meneruskan ucapannya di Reno, Nevada selepas seorang suspek ditahan ke atas insiden tersebut ditahan. Menurut media tempatan, suspek kemudiannya dibebaskan.

Jutawan hartanah yang berusia 70 tahun itu muncul semula hanya beberapa minit selepas diiring keluar oleh para pegawai Perkhidmatan Rahsia yang menjadikan diri mereka sebagai perisai manusia bagi melindungi Trump.

"Saya ingin berterima kasih kepada Perkhidmatan Rahsia. Mereka ini sangat luar biasa. Mereka tidak menerima pujian yang mencukupi. Mereka tidak menerima pujian yang mencukupi. Mereka sangat luar biasa," kata Trump.

"Tiada siapa yang kata perkara ini mudah bagi kami, tapi kami tidak boleh dihalang, tidak akan boleh dihalang. Ini adalah kali kedua Trump diiring turun dari pentas oleh pihak keselamatan sepanjang siri kempen beliau menjelang pilihan raya A.S. Kempen beliau sering diganggu oleh penunjuk perasaan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini