75 % Rakyat Amerika Terima Trump Sebagai Presiden.

  • News Code : 791778
  • Source : Sputnik
Brief

Menurut sebuah bancian, majoriti rakyat Amerika Syarikat menganggap kemenangan Donald Trump di dalam pilihan raya Presiden A.S 2016 sebagai sah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut sebuah bancian, majoriti rakyat Amerika Syarikat menganggap kemenangan Donald Trump di dalam pilihan raya Presiden A.S 2016 sebagai sah.

Menurut bancian yang dibuat bersama oleh The Washington Post dan ABC News, 74 peratus rakyat A.S membalas dengan menyatakan bahawa mereka menerima keputusan pilihan raya lepas manakala 18 peratus yang lain pula menolaknya.

Bancian itu juga mendedahkan bahawa kebanyakan pengundi Hillary pada pilihan raya tersebut sedia menerima Trump sebagai presiden mereka. Hanya satu pertiga sahaja daripada mereka yang menolak kemenangan calon Republikan tersebut.

Bancian itu dibuat pada 11 November lalu di A.S dengan penyertaan seramai 865 orang dewasa dari seluruh Amerika Syarikat. Ralat pengambilan contoh dicatatkan sebanyak 4 peratus secara maksimal.

Pada hari Jumaat lepas, sebuah bancian lain yang dikeluarkan oleh Gallup juga merekodkan bahawa 75 peratus penyokong Clinton menerima Trump sebagai pemimpin negara A.S yang sah.

Trump mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada pilihan raya Selasa lepas dengan memperolehi 290 badan perwakilan berbanding lawannya yang hanya menerima 232 badan tersebut. Upacara angkat sumpah beliau dijangkakan akan berlangsung pada Januari akan datang.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini