Trump Mahu Perjanjian Nuklear Iran Disemak Semula

  • News Code : 804398
  • Source : ABNA24
Brief

Calon Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata bahawa Trump mahu perjanjian nuklear Iran disemak semula secara keseluruhan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Calon Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berkata bahawa Trump mahu perjanjian nuklear Iran disemak semula secara keseluruhan.

Beliau membuat kenyataan itu di dalam perbicaraan pengesahannya untuk memegang jawatan tersebut. Iran sebelum ini memeterai perjanjian nuklear dengan 6 buah kuasa besar dunia termasuk A.S sendiri.

Tillerson berkata bahawa jikalau beliau disahkan untuk memegang jawatan itu, beliau akan memastikan perjanjian itu disemak semula seperti yang dikehendaki oleh Trump sendiri.

Beliau juga menambah bahawa Iran tidak sepatutnya mempunyai kewenangan untuk melakukan proses pengayaan dan menyimpan sumber nuklear di negara itu.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini