Trump Angkat Sumpah Di Washington D.C

  • News Code : 806207
  • Source : ABNA24
Brief

Donald Trump selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 di Capitol Hill. Beliau berjanji untuk menggembelingkan usaha di peringkat kebangsaan dalam membina semula negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Donald Trump selesai mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 di Capitol Hill. Beliau berjanji untuk menggembelingkan usaha di peringkat kebangsaan dalam membina semula negara itu.

Anggota Parti Republikan yang berusia 70 tahun itu menngangkat sumpah di Capitol Hill pada hari Jumaat di dalam sebuah majlis yang dianjurkan secara besar-besaran.

Ribuan penyokong Trump dilaporkan melalui perjalanan yang jauh dari seluruh negara untuk menyertai majlis bersejarah itu.

Beliau meletakkan tangannya ke atas kitab Injil -miliknya dan juga naskhah yang digunakan oleh Abraham Lincoln- untuk mengangkat sumpah."Saya Donald John Trump, bersumpah bahawa akan menjalankan tugas Presiden Amerika Syarikat dengan keihklasan dan saya akan melakukan yang terbaik untuk menjaga,melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat. Jadi Tuhan tolonglah diriku," umumnya sebelum menumbuk ke udara berkali-kali.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky