$icon = $this->mediaurl($this->icon['mediaID']); $thumb = $this->mediaurl($this->icon['mediaID'],350,350); ?>

Yang Dipertuan Agong ucap tahniah kepada duta Iran yang baru

  • News Code : 730621
  • Source : Abna24.com
Brief

Yang Dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Muazam Shah Ibni al-Marhum Sultan Badlishah berkenan mengucapkan tahniah dan selamat kepada duta baru Iran yang baru bertugas di Kuala Lumpur.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Muazam Shah mengucapkan tahniah kepada duta Iran yang baru bertugas, Marzieh Afkham yang merupakan wanita pertama menjadi duta bagi Republik Islam Iran ke negara ini. Menyentuh tentang hubungan kebudayaan, agama dan ekonomi, Tuanku Sultan berkata, "Banyak konteks hubungan bilateral yang wujud boleh dimajukan dan kedua-dua negara perlu menyingkap lebih banyak lapangan berhubung perkara ini."

Baginda Sultan turut menyeru peningkatan hubungan antara kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan, belia, sukan, pelancongan dan media. "Malaysia sentiasa komited untuk mebgukuhkan hubungan dengan Iran dan perkembangan positif hubungan Iran dengan Barat baru-baru ini akan membantu mencergaskan semula kerjasama dengan Malaysia terutama dalam sektor perdagangan dan pelaburan," titah baginda.

Pada akhir ucapan baginda, Sultan Abdul Halim mengucapkan selamat kepada duta baru Iran di Malaysia dan mengumumkan kesediaan negara untuk berkerjasama dengan pegawai Iran dalam menjalankan tugas.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*