Perdana Menteri Britain, Theresa May diramal memenangi 308 kerusi Parlimen dalam pilihan raya Khamis depan, kurang 18 daripada majoriti 326 kerusi.
Baca lagi ...-
-
Rusia Pertimbangkan Respon Kepada Tindakan A.S Perluaskan Sistem Pertahanan Mereka: Putin
Jun 1, 2017 - 7:16 PTGPresiden Persekutuan Rusia, Vladimir Putin berkata bahawa negaranya sedang mempertimbangkan sebuah respon yang sesuai ke atas tindakan Amerika Syarikat yang mempertingkatkan sistem peluru berpandunya di seluruh dunia. Beliau menganggap tindakan Washington itu sebagai sebuah "cabaran" ke atas Moscow.
Baca lagi ... -
3 Pelajar Malaysia Disoal Polis Manchester ‘Tolak Fahaman Pelampau’
Mei 31, 2017 - 2:50 PTGTiga pelajar Malaysia yang disoal siasat polis Britain berhubung serangan bom yang dilakukan pemuda bernama Salman Abedi di sebuah konsert di Manchester pada 22 Mei lalu, dikatakan menentang keras fahaman pelampau dan keganasan, menurut laporan sebuah akhbar Britan.
Baca lagi ... -
UK Turunkan Tahap Ancaman Susulan Serangan Di Manchester
Mei 28, 2017 - 7:20 PGBritain, semalam menurunkan tahap ancaman pengganas yang dinaikkan selepas serangan di Manchester minggu ini ketika polis menyiarkan rakaman kamera litar tertutup mengenai pengebom nekad, Salman Abedi, pada malam serangan dilancarkan.
Baca lagi ... -
Trump Bertembung Dengan Pemimpin Dunia Di Persidangan G7
Mei 27, 2017 - 10:02 PTGPresiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan berkeras dengan para pemimpin dunia lain termasuk beberapa sekutu kuat Washington berhubung isu perubahan cuaca dan perdagangan di dalam mesyuarat G7 yang berlangsung di Itali.
Baca lagi ... -
Trump Kritik Para Pemimpin NATO Di Atas Kegagalan Membiayai Keperluan Ketenteraan
Mei 26, 2017 - 10:50 PTGPresiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik sekutu-sekutunya di NATO di atas kegagalan mereka membiayai keperluan pertahanan pertubuhan itu dan negara mereka sendiri. Beliau yang berucap di hadapan para pemimpin pertubuhan itu turut menuduh mereka sebagai "berhutang terlalu banyak wang."
Baca lagi ... -
Iran Pemain Penting Di Dalam Menyelesaikan Krisis Di Timur Tengah: Rusia
Mei 24, 2017 - 11:10 PTGMenteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menegaskan tentang kepentingan penglibatan pihak luar yang berpengaruh termasuk Iran di dalam menangani konflik di Syria
Baca lagi ... -
Iran Kutuk Serangan Manchester, Kritik Pakatan Palsu Barat-Teluk
Mei 24, 2017 - 12:11 PGIran mengutuk serangan berani mati di sebuah konsert pop di Manchester, United Kingdom yang meragut 22 nyawa serta mengkritik “pakatan palsu” negara Barat dengan Teluk dari segi kerjasama keselamatan tidak mampu menghapuskan ancaman itu.
Baca lagi ... -
IS Akui Bertanggungjawab Ke Atas Serangan Di Manchester
Mei 23, 2017 - 11:47 PTGPolis Britain mengesahkan angka kematian susulan letupan di Manchester Arena selepas konsert Ariana Grande meningkat kepada 22 orang termasuk kanak-kanak. Seramai 59 yang lain dilaporkan cedera.
Baca lagi ... -
Perancis Mahu Bangunkan Dialog Politik Bersama Iran
Mei 22, 2017 - 11:42 PTGPerancis dilaporkan mahu membangunkan dialog politik bersama Iran dengan harapan jalinan kerjasama itu akan menjurus kepada usaha menyelesaikan konflik serantau.
Baca lagi ... -
Trump Jadikan Dunia Lebih Berbahaya: Jeremy Corbyn
Mei 12, 2017 - 10:21 PTGPresiden A.S, Donald Trump telah menukarkan dunia ini menjadi tempat yang lebih berbahaya "dengan meningkatkan ketegangan secara melulu" dengan Korea Utara dan Syria, kata Jeremy Corbyn.
Baca lagi ... -
Trump Ucap Tahniah Kepada Macron
Mei 8, 2017 - 11:20 PTGPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Emmanuel Macron kerana memenangi pilihan raya presiden dan berharap dapat bekerjasama dengan Presiden baharu Perancis itu, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).
Baca lagi ... -
A.S Kehilangan Kepimpinan Di Dunia, EU Perlu Isi Kekosongan Itu; Mogherini
Mei 7, 2017 - 6:54 PTGKetua dasar luar EU, Federica Mogherini berkata bahawa Amerika Syarikat sedang kehilangan kedudukan mereka sebagai pemimpin dunia sekaligus memberikan "peluang" kepada Kesatuan Eropah untuk menjadi "rakan kongsi yang boleh diharap" di peringkat antarabangsa.
Baca lagi ... -
3,000 Pelarian Diselamatkan Di Mediterranean: Pengawal Pantai Itali
Mei 7, 2017 - 5:34 PTGSekitar 3,000 orang pelarian berjaya diselamatkan di Lautan Mediterranean semalam, ketika mereka cuba untuk memasuki Eropah, lapor pengawal pantai Itali dalam sebuah kenyataan.
Baca lagi ... -
Agensi Perisikan Britain Kesan 350 Orang Pengganas Pulang Ke Negara Itu Dari Syria
Mei 6, 2017 - 7:52 PTGAgensi perisikan Britain telah mengeluarkan amaran berhubung kepulangan 350 orang warga negara itu yang pernah berperang bersama-sama kumpulan pengganas Takfiri Daesh sekaligus menimbulkan ancaman keganasan di U.K secara keseluruhannya.
Baca lagi ... -
Tiada Apa Yang Perlu Dibimbangkan: Ratu Britain
Mei 4, 2017 - 11:40 PTGIstana Buckingham pada Khamis mengumumkan tiada yang perlu dibimbangkan mengenai kesihatan Ratu Elizabeth II dan suami baginda, lapor agensi berita China Xinhua.
Baca lagi ... -
EU Nafi Dakwaan May, Kata PM Britain Sedang Melakukan Retorik Pilihan Raya
Mei 4, 2017 - 11:27 PTGParlimen Kesatuan Eropah telah menolak dakwaan Perdana Menteri Britain, Theresa May bahawa EU cuba untuk mempengaruhi pilihan raya di negaranya.
Baca lagi ... -
Britain Enggan Bayar RM472.2 Bilion Kepada EU
Mei 3, 2017 - 11:53 PTGKetua perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier menegaskan blok itu tidak menghukum Britain ketika London dengan tegas menolak laporan 100 bilion euro (RM472.2 bilion) perlu dibayar untuk keluar daripada kesatuan itu.
Baca lagi ... -
27 Negara EU Luluskan Syarat Brexit
Mei 1, 2017 - 10:33 PTGPemimpin Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan syarat 'perpisahan' Britain dari blok tersebut ketika sidang kemuncak di Brussels, Belgium. Syarat yang dianggap tegas itu mengandungi beberapa tuntutan utama Brussels termasuk hak warga EU di Britain dan juga isu berkaitan pampasan kewangan.
Baca lagi ... -
Masjid Imam Ali Di Sweden Dibakar
Mei 1, 2017 - 5:57 PTGMasjid terbesar penganut mazhab Syiah di Sweden dilaporkan terbakar akibat daripada perbuatan khianat, lapor polis tempatan pada hari Isnin.
Baca lagi ... -
Penggubal Undang-Undang Jerman Luluskan Pelarangan Burqa Secara Separa
April 28, 2017 - 12:43 PTGPara penggubal undang-undang Jerman di dewan rendah negara itu telah meluluskan sebuah undang-undang yang akan meletakkan larangan separa ke atas burqa berikutan peningkatan sentimen xenofobia dan islamofobia di negara itu.
Baca lagi ... -
NATO Gesa Turki Hormati Undang-Undang
April 28, 2017 - 1:34 PGPertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang mana turut dianggotai Turki telah menyeru Ankara untuk menghormati proses terlibat berhubung penahanan besar-besaran yang menyusuli percubaan rampasan kuasa Julai lalu.
Baca lagi ... -
Tindakan Erdogan 'Rosakkan' Hubungan EU-Turki: Canselor Merkel
April 28, 2017 - 12:54 PGCanselor Jerman, Angela Merkel meluahkan kebimbangannya berhubung langkah-langkah yang diambil oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan yang menurut beliau telah merosakkan hubungan di antara Turki dan Kesatuan Eropah (EU).
Baca lagi ... -
Kapal Perisikan Rusia Tenggelam Di Laut Hitam
April 27, 2017 - 11:40 PTGSebuah kapal milik tentera laut Rusia dilaporkan tenggelam berhampiran pantai Laut Hitam yang terletak berdektatan dengan Turki. Insiden itu berlaku apabila kapal perisikan itu bertembung dengan kapal dagang yang membawa haiwan ternak.
Baca lagi ... -
Tehran, Moscow Dan Damsyik Ikrar Untuk Terus Memerangi Keganasan
April 27, 2017 - 11:04 PTGMenteri Pertahanan Rusia, Iran dan Syria telah menyeru ketiga-tiga negara itu untuk memperkukuhkan kerjasama mereka di dalam peperangan ke atas keganasan. Di dalam masa yang sama mereka turut menekankan kepentingan untuk terus memerangi keganasan sehingga sebarang ancaman keganasan terhapus secara keseluruhan.
Baca lagi ... -
Turki Tahan 1,000 Orang Lagi Berhubung Kudeta 2016
April 26, 2017 - 11:38 PTGKerajaan Turki pada semalam menahan lebih daripada 1,000 orang suspek di dalam sebuah operasi besar-besaran yang terkini ke atas penyokong ulama yang berpusat di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.
Baca lagi ... -
Penggubal Undang-Undang Jerman Dakwa Kudeta Di Ukraine Diseliakan Oleh Kuasa Barat
April 26, 2017 - 8:03 PTGSeorang anggota parti Christian Democratic Union (CDU) -parti pemerintah negara Jerman- , Willy Wimmer berkata bahawa kudeta yang berlaku di Ukraine pada tahun 2014 telah dirancang dan diseliakan oleh kuasa Barat.
Baca lagi ... -
Tindakan Kiev Memotong Bekalan Elektrik Ke Lugansk Adalah Langkah 'Penolakan Mereka Ke Atas Wilayahnya Sendiri'
April 25, 2017 - 6:06 PTGKeputusan Ukraine untuk memotong bekalan tenaga elektrik ke Republik Rakyat Lugansk adalah satu lagi langkah penolakan Kiev terhadap wilayah tersebut sekaligus berlawanan dengan persefahaman yang wujud di dalam perjanjian Minsk, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov pada hari Selasa. Dia turut mengatakan bahawa Moscow sedang bertungkus-lumus untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang wujud di wilayah-wilyah timur Ukraine itu.
Baca lagi ... -
Pihak Berkuasa Belgium Anggarkan 628 Warga Negaranya Sebagai Pejuang Pengganas Antarabangsa
April 25, 2017 - 5:46 PTGPihak berkuasa Belgium menganggarkan bahawa 629 orang warga negara itu telahpun menjadi apa yang digelar sebagai pejuang pengganas antarabangsa, lapor media tempatan pada hari Selasa yang menukilkan maklumat daripada Kementerian Dalam Negeri Belgium.
Baca lagi ... -
Ukraine Potong Bekalan Elektrik Ke Wilayah Yang Dikuasai Pemberontak
April 25, 2017 - 5:18 PTGUkraine pada hari Selasa memotong bekalan elektrik ke wilayah Lugansk yang dikawal oleh kumpulan pemberontak. Tindakan itu diambil Kiev berikutan dakwaan mereka bahawa wilayah itu gagal melunaskan bil mereka sekaligus memperkuatkan keterikatan wilayah pemberontak itu kepada Moscow.
Baca lagi ...