Pertemuan Pope Francis dengan Presiden Persatuan Hal Ehwal Islam Turki

  • News Code : 654824
  • Source : Abna.ir
Brief

Pope Francis melawat Turki dalam rangka mengeratkan hubungan antara agama bagi menghadapi ancaman pengganas Takfiri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pemimpin Kristian Katolik telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Hal Ehwal Islam Turki di Ankara, Jumaat lalu.

Presiden Persatuan Hal Ehwal Islam Turki, Mehmet Görmez menegaskan beliau sentiasa menyatakan pandangan pendekatan antara agama sejak Pope Francis terpilih menjadi pemimpin Katolik.

"Dari hati yang tulus ikhlas, saya merasakan kita mempunyai pandangan yang sama apabila saya mendengar ucapan anda tentang al-Quds, Balkans dan Kesatuan Eropah.

"Pertubuhan Hal Ehwal Agama Turki mempunyai hubungan dari segi sejarah dengan pengikut agama-agama lain dan kami berusaha agar hubungan ini diperluaskan," tambah beliau.

Pope Francis mengunjungi Ankara dalam rangka mewujudkan hak sama rata para penduduk yang terdiri dari pengikut berbagai mazhab di negara ini seperti Islam, Yahudi dan Kristian.

Dalam beberapa pertemuan, Pope meminta para pemimpin negara ini memberikan penerangan yang lebih jelas dan mengecam sebarang keganasan yang memperalatkan nama Islam.

Beliau turut menegaskan betapa pentingnya menjaga kemuliaan manusia dan saling menghormati hak asasi individu di Turki.

Recep Tayyip Erdogan dijangka akan mengundang Pope Francis sebagai tetamu rasmi di istana presiden yang pernah menjadi kontroversi di Ankara.

..............


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky