Corbyn tewaskan Owen Smith dalam persaingan merebut jawatan ketua Parti Buruh

Corbyn Kekalkan Jawatan Sebagai Ketua Parti Buruh

  • News Code : 781230
  • Source : Presstv
Brief

Pemimpin Parti Buruh British, Jeremy Corbyn telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai peneraju pertama parti politik pembangkang tersebut selepas melalui sebuah kempen yang sukar

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Parti Buruh British, Jeremy Corbyn telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai peneraju pertama parti politik pembangkang tersebut selepas melalui sebuah kempen yang sukar.

Corbyn, yang pada mulanya dipilih untuk menjawat jawatan tersebut pada tahun lepas, mengaut 62 peratus daripada keseluruhan undi sekaligus mengalahkan pencabarnya Owen Smith pada hari Sabtu semalam.

Bancian yang dibuat lebih awal juga menunjukkan bahawa Corbyn dengan mudah akan mengalahkan pencabarnya kerana beliau masih mengekalkan sokongan luas di kalangan ahli parti yang tertarik dengan dasar anti-penjimatan yang diperjuangkannya dan imej beliau yang dianggap sebagai "autentik" di kalangan ahli politik.

Pada hari Rabu lepas, Corbyn menggesa supaya kesemua ahli parti bersatu di belakang kepimpinan beliau. Beliau juga mengingatkan ahli parlimen daripada partinya bahawa beliau mempunyai sokongan akar-umbi sekaligus memberikan amaran kepada mereka untuk tidak lagi mencabar beliau.

"Semua anggota Parti Buruh dan Ahli Parlimen daripada parti tersebut mempunyai tanggungjawab yang sama untuk bekerja dalam demokrasi parti kita dan menghormati kepimpinan mereka yang terpilih," kata beliau.

Jurukempen sosialis yang berusia 67 tahun tersebut, terkenal dengan reaksi hambar beliau terhadap status hubungan istimewa antara Britain dengan Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama menentang penggunaan senjata nuklear secara mutlak, termasuklah sistem peluru berpandu nuklear Trident yang sering diperdebatkan di U.K.

Selain daripada itu, Corbyn juga merupakan pengkritik tegar Israel dan NATO dan dalam masa yang lain, beliau yang merupakan salah seorang daripada ahli Kempen Solidariti Palestin, pernah menjemput ahli gerakan Hizbullah dan Hamas pada tahun 2009 ke Parlimen British di mana dia memanggil mereka sebagai "rakan."


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini