Britain Cadang Pengaruhi Trump Supaya Kekalkan Polisi Obama Berkaitan Isu Syria.

  • News Code : 791721
  • Source : Sputnik
Brief

United Kingdom dilaporkan akan menggunakan tempoh 3 bulan yang akan datang untuk meyakinkan Presiden A.S yang baru dilantik, Donald Trump supaya meneruskan polisi pentadbiran Obama berkaitan isu Syria.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - United Kingdom dilaporkan akan menggunakan tempoh 3 bulan yang akan datang untuk meyakinkan Presiden A.S yang baru dilantik, Donald Trump supaya meneruskan polisi pentadbiran Obama berkaitan isu Syria.

Pada awal minggu ini, Trump memberitahu wartawan Wall Street Journal bahawa beliau memiliki pendapat yang berbeza daripada mereka yang lain berkenaan isu Syria sambil menekankan bahawa matlamat utama pentadbiran yang akan beliau terajui adalah untuk membasmi Daesh. Beliau juga berkata bahawa polisi perubahan rejim yang diamalkan oleh Obama akan dilupuskan.

Menurut akhbar Telegraph, perubahan dramatik itu menimbulkan kerisauan di Pejabat Kementerian Luar U.K. Setiausaha Luar British, Boris Johnson juga dikatakan bercadang untuk menemui wakil daripada pentadbiran Trump di dalam masa yang terdekat untuk menyatakan kepentingan menjatuhkan Assad di Syria.

Perdana Menteri Britain, Theresa May berulang-kali menegaskan betapa pentingnya Assad untuk meletak jawatan.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini