NATO Dan Rusia Perlu Elak Perang Dingin Baru: Corbyn.

  • News Code : 791779
  • Source : Presstv
Brief

Pemimpin Parti Buruh Britain berkata Rusia dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) perlu mendemiliterisasikan sempadan kedua-dua pihak sebelum perbezaan mereka menatijahkan Perang Dingin yang baru.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Parti Buruh Britain berkata Rusia dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) perlu mendemiliterisasikan sempadan kedua-dua pihak sebelum perbezaan mereka menatijahkan Perang Dingin yang baru.

Beliau membat komen sedemikian di sebalik usaha London, yang merupakan salah satu daripada negara ahli pakatan tajaan A.S itu, yang cuba meyakinkan ahli-ahli yang lain bahawa U.K akan terus mendokong mereka walaupun warga Britain telah mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Britain secara berterusan menyeru E.U untuk terus bersatu dalam menghadapi apa yang dipanggil sebagai 'agresi Rusia'. Untuk itu U.K telah berjanji akan menempatkan sejumlah tentera yang besar di sempadan timur NATO. U.K juga bercadang untuk membekalkan tentera dan perkakasan yang mencukupi bagi membentuk 4 batalion di Eropah Timur seperti yang diusulkan oleh NATO sebelum ini.

Walaubagaimanapun, rancangan NATO itu sedikit tergendala apabila Donald Trump berjaya mengalahkan Clinton pada pilihan raya Selasa lepas.

Sebulan sebelum pilihan raya itu, Donald Trump merujuk pertubuhan itu sebagai sesuatu yang sudah melangkaui tarikh lupusnya. Beliau juga menambah bahawa ahli-ahli pertubuhan itu perlu membayar kepada A.S untuk melindungi mereka.

Ketua NATO, Jens Stoltenberg tidak dapat menyembunyikan kerisauannya dengan memberi amaran kepada Trump bahawa beliau tidak sepatutnya menjarakkan Washington daripada pertubuhan itu.

Corbyn juga menyerang Trump dengan mengatakan bahawa beliau tidak akan menang dengan sebegitu mudah jikalau berhadapan dengan Bernie Sanders.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
asura-mystery-of-creation
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky