Pihak Radikal Dan Nasionalis Ukraine Bergembira Berhubungan Nahas TU-154: Maria Zakharova

  • News Code : 800807
  • Source : Media
Brief

Menurut jurucakap Kementerian Luar Negara Rusia, Pihak radikal dan nasionalis Ukraine 'bergembira' di atas berita nahas kapal terbang TU-154 yang terhempas di laut Hitam sejurus selepas berlepas dari bandar peranginan Adler yang terletak di Sochi, Rusia. Maria Zakharova membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut jurucakap Kementerian Luar Negara Rusia, Pihak radikal dan nasionalis Ukraine 'bergembira' di atas berita nahas kapal terbang TU-154 yang terhempas di laut Hitam sejurus selepas berlepas dari bandar peranginan Adler yang terletak di Sochi, Rusia. Maria Zakharova membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad semalam.

Awal hari tersebut, beberapa orang ahli politik Ukraine telah menyuarakan kenyataan yang menghina berkaitan nahas tersebut. Perkara itu mendorong penasihat kepada Presiden Ukraine, Yuri Biryukov untuk menulis bahawa 'adalah bersifat paradoks ' jika pihak Rusia tidak memahami kenapa kami bergembira di atas berita kematian 80 orang anggota tentera mereka.

"Apakah dia tidak memahami bahawa kami mengetahui sebab mengapa para pegawai Kiev bergembira berhubungan berita kematian 80 anggota tentera (kami)?!! Kami memahami alasannya dengan baik sekali dan kami telah bercakap tentang perkara itu sejak dahulu lagi: mereka yang didokong oleh puak nasionalis dan radikal telah memperollehi kuasa di Ukraine," tulis Zakharaova di dalam sebuah laman sosial.

"Itu adalah sebab-sebabnya. Sekarang perkara ini bukan sahaja jelas untuk kami sahaja," tambahnya.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini