Pengurus Kantin Ditahan Polis Kerana Didakwa Menghina Erdogan

  • News Code : 801157
  • Source : Media
Brief

Pengurus kantin di pejabat surat khabar Cumhuriyet ditahan pihak polis setelah dia didakwa menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pengurus kantin di pejabat surat khabar Cumhuriyet ditahan pihak polis setelah dia didakwa menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Surat khabar pembangkang, Cumhuriyet pada hari Isnin berkata bahawa ketua kantinnya, Senol Buran telah ditahan setelah didakwa membuat kenyataan bahawa dia 'tidak akan membuatkan teh untuk Erdogan'.

Menurut Cumhuriyet, insiden tersebut berlaku apabila dia sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Istanbul. Dia kemudiannya melihat jalan-jalan sudah ditutup berikutan sebuah kehadiran Erdogan di dalam sebuah majlis di kawasan tersebut.

"Aku tidak akan menghidangkan lelaki itu (Erdogan) secawan tehpun," kata Buran menurut pihak Polis.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini