Menteri Malaysia keliru;

Syiah mengancam keselamatan negara?

  • News Code : 217600
  • Source : ABNA

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Menurut laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia tetap menghormati dan mengiktiraf ajaran Syiah yang diamalkan di negara lain. Meskipun begitu beliau berkata kerajaan Malaysia mengharamkan fahaman Syiah diamalkan di negara ini kerana bertentangan dengan ajaran Ahlusunnah Wal Jamaah.

Datuk Seri Jamil berkata, "Jika ada dua mazhab di negara ini mungkin akan berlaku pertumpahan darah kerana masyarakat Islam berbeza pendapat seperti yang berlaku terhadap masyarakat Islam Pakistan dan Iraq".

"Kita tidak menyekat masyarakat di negara ini mengamalkan amalan Syiah tetapi kerajaan tidak membenarkan penyebaran ajaran Syiah ini dibuat ekoran terdapat beberapa dakyah songsang yang boleh menggugat keharmonian umat Islam di negara ini", katanya kepada wartawan di Yan, Kedah Darulaman.

Pernyataan beliau ternyata bertentangan dengan satu artikel Berita Harian yang lain di mana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui fahaman Syiah belum sampai tahap menimbulkan ancaman keselamatan negara.

“Dari segi fahaman itu, kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak bertanggungjawab memantaunya, tapi dari segi keselamatan setakat yang saya tahu, fahaman itu tidak menimbulkan ancaman membimbangkan", kata datuk Seri Hishammudin.

Anehnya pengikut Syiah Imamiyah belum pernah dipanggil menghadiri sesi pemulihan akidah dan dipaksa mengistiharkan sesat di depan orang ramai seperti mana ajaran sesat yang lain.

Ajaran Syiah Imamiyah yang dipegang oleh komuniti Hawzah Imam Ridha (as) di Sri Gombak menekankan aspek-aspek perpaduan umat Islam dan negara Iran sendiri menganjurkan Persidangan Pendekatan Antara Mazhab setiap tahun dan presiden Parti Islam Malaysia (PAS) menjadi wakil Malaysia.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini