Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS);

Mohamed Hanipa Maidin: Berdialog dengan pengikut Syiah, bukan tangkap dan aibkan mereka

  • News Code : 217734
  • Source : ABNA
Beliau selaku Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) dan seorang peguam menyifatkan tangkapan pengikut Syiah Imamiyah di Hawzah Imam Ridha (as) oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) tidak adil dan tidak 'Islamic' kerana mereka tidak diberi peluang membela diri apabila dituduh sesat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Mohamed Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan dalam blognya bahawa hampir seluruh media cetak di Malaysia menyiarkan fitnah terhadap Syiah di Malaysia termasuklah tuduhan kononnya tarikan seks menjadi faktor utama pengikut syiah.

Beliau selaku Ahli Jawatankuasa Parti Islam Semalaysia (PAS) dan seorang peguam menyifatkan tangkapan pengikut Syiah Imamiyah di Hawzah Imam Ridha (as) oleh Jabatan Agama Islam selangor (JAIS) tidak adil dan tidak 'Islamic' kerana mereka tidak diberi peluang membela diri apabila dituduh sesat.

Hanipa mengatakan sepatutnya JAIS memilih jalan dialog dengan pengikut Syiah, bukan menyerbu, menangkap dan mengaibkan mereka.

"Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah".

"Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu", menurut Hanipa Maidin lagi.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini