Pensyarah Syariah Al-Azhar;

Syiah adalah muslim, pembunuh hendaklah dihukum

  • News Code : 433351
  • Source : masrawy.com
Brief

Syiah Jaafariyah dan Zaidiah adalah umat Islam dan tidak keluar dari agama Islam

أستاذ شريعة: الشيعة مسلمون ويجب إنزال حد الحرابة على قتلة حادث أبو النمرسDr. Ahmad Karimah, pensyarah Universiti Al-AzharAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pensyarah jurusan Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Ahmad Karimah menegaskan betapa pentingnya menangani insiden yang membunuh empat pengikut mazhab Syiah kelmarin di Giza. Beliau turut menyatakan pihak berkuasa hendaklah bertanggung jawab terhadap pertumpahan darah ini kerana mereka telah memberikan keabsahan politik kepada kumpulan Islam tertentu walaupun golongan itu mempunyai sejarah yang berkait rapat dengan pengganas dan pelampau.Dr. Ahmad Karimah dalam wawancara bersama sebuah ONTV pada pagi Isnin menjelaskan, "Jenayah yang terjadi di Abu Namros merupakan jenayah pengganas, jangan biarkan ianya berlalu tanpa hukuman yang setimpal."Pensyarah ini mengingatkan betapa pentingnya hukuman terhadap mereka yang membunuh empat pengikut mazhab Syiah kelmarin seterusnya beliau menegaskan bahawa Syiah Jaafariyah dan Zaidiah adalah umat Islam, dan mereka tidak keluar dari agama Islam.


پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini