"Persidangan Pendekatan Antara Mazhab dan Memerangi Takfiri" berlangsung di Basrah

  • News Code : 609239
Brief

Persidangan pendekatan antara mazhab buat pertama kalinya berlangsung di Basrah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wilayah Basrah buat pertama kalinya menganjurkan "Persidangan Pendekatan Antara Mazhab dan Memerangi Takfiri" dengan kehadiran perwakilan masyarakat Islam lebih dari negara.

Persidangan ini berakhir dengan resolusi bahawa betapa pentingnya mengukuhkan perpaduan sesama umat Islam dengan mencegah sebarang anasir sektarianisme dan takfirisme.

Gabenor Basrah, Majed al-Nasrawi berkata kepada pemberita, "Persidangan telah dihadiri oleh wakil para marja' taqlid Najaf al-Asraf dan para marja' di seluruh dunia Islam, termasuk individu muslim dari kebanyakan negara di seluruh dunia.

Wakil marja' agama di Basrah Syeikh Muhammad Falak berkata, "Umat terpaksa membayar harga yang mahal sekiranya terjadi huru hara yang dicetuskan oleh sebilangan kumpulan. Selain itu persidangan di Basrah ini merupakan jawapan terhadap seruan ketegangan dan ekstrimis".

Antara agenda lain persidangan ini juga ialah menekankan pendekatan penting bagi perpaduan antara mazhab-mazhab Islam dan jalan penyelesaian menghadapi perpecahan di kalangan umat Islam.

Wakil Ahli Sunnah Selatan Iraq Syeikh Rafi al-Sharifi berkata, "Kami tidak datang ke sini melainkan untuk bersatu padu di hadapan masyarakat dan penduduk dunia, sesungguhnya perpaduan Iraq tidak akan binasa. Tidak ada yang mewakili kami sama ada al-Qaeda mahupun pengganas, atau golongan Takfiri. Malah Islam sahaja yang mewajili kami".

Syeikh Ali al-Najafi yang mewakili Marja taqlid Syeikh Bashir Najafi berkata, "Persidangan ini penuh keberkatan dan dihadiri oleh berbagai suku Iraq dengan jasad Iraq yang satu".

Imam Masjid al-Huda, Tanglinchan, Bangkok, Thailand Syeikh Abu Zar berkata, persidangan ini perlu dilaksanakan di berbagai negara di seluruh dunia bagi merealisasikan perpaduan Islam.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1440 / 2019
conference-abu-talib
We are All Zakzaky