Para ilmuan terhutang budi dengan gerakan ilmu Imam Sodiq (a.s)

  • News Code : 632702
  • Source : ABNA.ir
Brief

Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) memimpin gerakan ilmu sedunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Sofi Gulpaigani dalam satu tulisannya menyatakan bahawa Imam Jaafar al-Sodiq telah mengambil kesemparan dalam situasi politik negara-negara Islam di zaman tersebut. Beliau mendapat peluang keemasan sehingga dapat memimpin gerakan ilmu terbesar dan merasmikan madrasah di mana para ulama termasyhur menjadi murid beliau, mengambil hadis serta ilmu.

Terjemahan tulisan beliau adalah seperti berikut:

Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) telah merasmikan sebuah madrasah dalam kurun kedua hijrah yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah Islam sebelum itu dan selepas zaman tersebut juga masih belum kelihatan madrasah sepertinya. Ajaran dan madrasah beliau sentiasa dicari oleh para ulama besar Ulum al-Qur'an, Fikah, Kalam, Kimia dan lain-lain lagi.

Fikah Syiah yang tergolong dalam ribuan fasal undang-undang dan pengajaran, program ilmu dan akhlak Islam dalam kebanyakan perkara, (bahkan boleh dikatakan hampir semua perkara) telah terhutang budi dengan limpahan ilmu Imam Ja'afar al-Sodiq yang tidak dapat hitung lagi.

Misalannya dalam hukum hakam haji yang merupakan salah satu fardu Islam terbesar, mengandungi falsafah tertinggi dan nilai yang ulung dari keluasan samudera ilmu Imam Ja'far al-Sodiq (a.s). Bak kata Abu Hanifah, semua itu adalah keluarga didikan Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) dan hadis dalam kitab Ahli Sunnah iaitu Sahih Muslim telah diriwayatkan daripada beliau yang mencecah hampir empat ratus fasal tentang hukum hakam haji di mana Ahli Sunnah mengikuti hukum tersebut.

Memang benar, Imam Ja'far al-Sodiq telah menggunakan peluang keemasan dalam situasi politik negara-negara Islam di zaman tersebut, sehingga beliau memimpin gerakan ilmu paling besar dan merasmikan sebuah madrasah yang mana para ulama terkenal telah menjadi murid dan mengambil hadis serta ilmu beliau.

Populariti ilmu Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) menyebabkan para ulama dari Hijaz, Khorasan dan Sham telah belajar dengan beliau dan hanya beliau sahaja satu-satunya jalan penyelesaian masalah ilmu.

Apa yang perlu diberi perhatian dan diamati ialah kepempinan beliau tidak terbatas dalam ilmu pengetahuan Islam semata-mata, bahkan beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang lain seperti astronomi, falak, matematik, perubatan, metafizik, kimia, biotani dan banyak lagi. Beliau turut mendidik murid-muridnya yang masyhur sehingga lestari dalam lembaran-lembaran hari ini dan menghiasi buku-buku kaum muslimin seperti Tauhid Mufdal, dan Risalah Ahlijah serta perbahasan-perbahasan beliau dengan golongan Atheis. Semuanya menjadi saksi pernyataan ini iaitu ajaran beliau bagaikan sebuah universiti yang mana fakulti-fakulti dominannya telah diasaskan dalam berbagai ilmu. Dalam setiap ajaran dan fakulti terdapat perbahasan, pelajaran dan penyelidikan berkenaan dengan ilmu kepakaran yang sentiasa dicari dan dikejar.

Sebagai contoh, salah satu dari ilmu yang telah diajar oleh Imam Ja'far al-Sodiq kepada umat Islam ialah Kimia yang mana seorang yang pintar bernama Jabir bin Hayyan menjadi penuntut lepasan pengajian beliau. Sekiranya kita telah mengambil manfaat daripada lelaki yang belajar dengan Imam ke-enam ini dan menitik beratkan beberapa ilmu lain yang menjadi keperluan masyarakat bertamadun dan maju, maka hari ini di lapangan materilistik, kita tidak akan memerlukan Barat, Eropah dan Amerika, walau apa jua yang mereka miliki, samada mereka menjajah negara muslim terawal, prinsip-prinsip tertingginya serta hasil berkat usaha ulama Islam.

Murid tersebut mempunyai kepakaran dalam kebanyakan ilmu pengetahuan Islam, perubatan, astronomi, falak, alam sekitar, matematik, kimia, falsafah, mantik, akhlak, sejarah, sastera, syair, vaterinar, botani, pembuatan senjata dan lain-lain lagi.

Homu merupakan orang yang terawal menggunakan neraca sebagai pengalaman ilmu dan menentukan kadar sesuatu benda dalam ujikajinya. Beliau dapat mengukur jirim kecil yang tidak dapat ditimbang secara tepat di zaman kita ini melainkan secara teka teki. Selepas enam ratus tahun, ahli kimia di Barat sudah menggunakan neraca dalam eksperimen masing-masing.

Selepas 10 kurun cendiakawan tersebut berterus terang dalam bukunya yang berjudul "al-ma'rifah bi al-sifat al-ilahiyah wal hikmah al-falsafah" bahawa pandangan masyhur ahli fizik, kimia dan ilmu alam sekitar England, John Dalton mengenai 'penyatuan antara dua unsur' dalam kitabnya adalah kerana jasa Jabir bin Hayyan, bukannya John Dalton.

Memang benar, setiap seorang daripada murid ajaran ini hanyalah menunjukkan keagungan tanpa had aliran ini. Walau bagaimanapun sekolah pemikiran dan universiti besar ini, bukan sahaja para tokoh Syiah sahaja yang mengaku secara terus terang mengenai terlalu tingginya ilmu Imam Ja'far (a.s), malah para tokoh dari aliran Ahli Sunnah seperti Abu Hanifah berkata:

مَا رَأَيتُ أفقَه مِنْ جَعْفَر بْنِ مُحَمَّد؛

Aku tidak melihat orang yang lebih berpengetahuan dan memahami daripada Ja'far bin Muhammad.

Ataupun Najashi di dalam kitab rijalnya menukil daripada Ahmad bin Isa Asha'ari yang berkata, "Aku pergi ke Kufah untuk menuntut ilmu dan di sana aku menemui Hasan bin Ali Wassha. Aku berkata kepadanya, "Berikan kepadaku kitab Ala bin Zarrin dan Aban bin Uthman Ahmar supaya aku dapat menyalinnya. Beliau memberikan kedua-dua kitab tersebut dan aku berkata, "Izinkan aku meriwayatkannya." Jawab beliau, "Semoga Allah merahmatimu, betapa tergesa-gesanya engkau, bawakan ia pergi dan tulislah, kemudian bawa ke mari dan bacakan supaya aku mendengarnya, ketika itu aku akan memberikan izin."

Aku berkata, "Aku tidak pasti tempoh mengingat."

Jawab Hasan bin Wassha, "Aneh! Sekiranya aku tahu bahawa terdapat pemburu hadis seperti ini, maka aku akan mengumpul dengan lebih banyak. Aku kenal 900 sheikh di masjid Kufah dan semua berkata, "Telah diriwayatkan daripada Imam Ja'far al-Sodiq."

Madrasah dan universiti besar apakah ini sehingga para muwaqif dan mukhalif merasa hairan dan sepanjang sejarah menunjukkan Nabi (s.a.w) telah besabda beberapa kali bahawa, "Itrahku dan Ahlul Baitku; mempunyai kedudukan, ilmu dan darjat ini, namun malangnya percaturan politik maju ke arah meninggalkan rujukan Ahlul Bait (a.s) sehinggalah sampai ke tahap al-Bukhari tidak menukilkan satu pun hadis daripada Imam Ja'far al-Sodiq (a.s) sebagaimana kata penyair:

قَــــضِیــةٌ أشْـــبَهَ بِالمرْزِئَــةِ * هــذا البُخــاری إمــامُ الفِــئَـةِ
بِالصَّادِقِ الــصِّدِّیقِ مـــا إحـتجَ فی * صَــحیــحِهِ وَ احــتـجّ بِـالمرجِئَة
إنَّ الإمَــــامَ الصَّادِقَ المجْـــتَـبى * بِــفَــضْلِهِ الآی أتَــت منـــبئة
أجَـلّ مِنْ فی عَـــــصْرِه رُتْـــبَة * لم یقْـــتَرِفْ فی عُــــمْرِه سَــیئَة
قَــــلامة مِـــنْ ظــفـر إبهَـامِه * تَعْـــدِلُ مِنْ مِثْـــلِ البُخاری مِـئَة

Khazanah yang amat bernilai ini perlu diambil tahu dan semua orang menuntut ilmu dalam universiti besar ini. Dalam hari-hari ulangtahun kesyahidan Imam (a.s), orang ramai hendaklah bergabung dalam majlis kedukaan dengan segala keluh kesah serta membesarkan dan menghormatinya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini