Kenyataan media Majma' Jahani Ahlul Bait berkenaan pergolakan di Yaman

  • News Code : 639071
  • Source : ABNA.ir
Brief

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) memohon penduduk Yaman agar mendahulukan wacana akal dan logik, hindari ketegangan serta mengelak campurtangan kuasa asing.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) mengeluarkan kenyataan media yang meminta semua aktivis, parti politik dan rakyat Yaman untuk bertenang dan menyelesaikan masalah dengan perbincangan sambil menjaga keamanan. Di samping itu semua pihak diingatkan agar berjaga-jaga supaya kemelut politik yang bergelora ketika ini tidak mengundang kuasa besar global dan mencetus perang saudara.

Teks kenyataan Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) adalah seperti berikut:

"Dan Kami berhendak untuk menganugerahkan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi." - Surah al-Qasas ayat 5

Revolusi rakyat Yaman telah bermula sejak tahun 2011 dan manjadi harapan agar ia dapat menapak di atas jalan tuntutan bangsanya melalui beberapa negara serantau dan kuasa angkuh global, sementara itu tuntutan-tuntutan ini masih berlarutan. Meskipun begitu masih wujud beberapa individu korupsi sedangkan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan sosial masih belum pulih, ketegangan politik antara parti dan berbagai kumpulan masih berlarutan, kumpulan kecil pengganas al-Qaeda terus meningkatkan kegiatan mereka. Semuanya terjadi setelah revolusi negara ini diselewengkan, setelah tiga tahun, kini tuntutan-tuntutan hak rakyat Yaman muncul di bawah pimpinan parti Ansarullah dengan kehadiran rakyatnya secara besar-besaran. Kehendak gerakan ini cuba membuatkan kerajaan terpilih dapat memenuhi tuntutan yang meilputi pengurangan harga minyak untuk pengangkutan, penukaran barisan kabinet dan melaksanakan resolusi dialog rakyat. Dengan ini Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) meminta para elit dunia Islam memerhatikan beberapa noktah penting di bawah:

1. Kerajaan Yaman hendaklah menerima hak rakyat dan membawa pemerintah meritokrasi serta memperbaiki situasi ekonomi.

2. Menjaga perpaduan dan integriti kerajaan Yaman yang dipersetujui pihak pemerintah dan pembangkang.

3. Kerajaan Yaman hendaklah melaksanakan dasar ekonomi yang mengurangkan kerugiaan terhadap rakyat miskin dan membentangkan jalan kehidupan bagi mereka.

4. Rakyat dan kerajaan perlu bersama-sama menangani keganasan dan menghindarinya.

5. Jauhi campurtangan kuasa serantau dan global yang tidak mempunyai hasrat lain kecuali mengaut modal material dan spiritual.

6. Penyingkiran serta tindakan undang-undang ke atas unsur-unsur korupsi dan elemen yang tidak cekap dapat membantu membuka jalan penyelesaian.

7. Ketaksuban puak dan pembatasan bidang politik dalaman perlu dihindari dalam mentadbir urusan negara.

8. Rakyat Yaman yang tertindas perlu menjauhi perang saudara dan mazhab, sementara jalan perpaduan dan kesetiakawanan perlu dikukuhkan.

9. Keganasan agama berbentuk gerakan Takfiri dibawa masuk sebagai serangan yang merosakkan institusi kerajaan Yaman sedangkan tindakan pencegahan perlu diambil.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s) memohon pihak berkuasa, kumpulan dan parti politik, serta rakyat Yaman agar meneruskan wacana yang logik demi menjaga keamanan dan kesejahteraan yang telah diterapkan selama ini. Jangan biarkan dalang-dalang kuasa besar global dan negara-negara serantau menggerakkan rakyat untuk keganasan dan peperangan.

Kami memohon kepada Allah (s.w.t) agar rakyat dan umat Islam Yaman dapat mematahkan percubaan musuh dengan memanfaatkan ajaran Islam serta Ahlul Bait (a.s) sementara kegemilangan, kemerdekaan dan kemajuan akan menjadi realiti.

Majma' Jahani Ahlul Bait (a.s)
20 September 2014

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." Surah Muhammad, ayat 7.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini