Hindari terrorisme dengan mendekatkan Sunni dan Syiah - Mufti Mesir

  • News Code : 745401
  • Source : Al-Watan News
Brief

Mufti mesir ingin mendekatkan Sunni dan Syiah bagi memerangi ekstremisme dan terrorisme

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Shawki Allam berkata pihaknya akan segera mengadakan sebuah persidangan yang membahaskan prosiding fatwa dan dijangka membantu umat Islam menghadapi kesukaran dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan dan tingkat moral. Tegas beliau lagi, persidangan itu akan diberi tema "Latihan ilmu dan pemulihan fatwa untuk imam-imam masjid bagi masyarakat Muslim".

Beliau berkata demikian dalam temubual bersama Agensi Berita al-Watan. Tambahnya lagi, beliau sendiri akan keluar menemui beberapa jawatankuasa fatwa di seluruh dunia tidak lama lagi dalam program ilmu yang bakal memberikan sinaran cahaya dalam persetujuan strategik.

Jelas beliau lagi, Darul Fatwa Mesir yang berada di bawah kelolaannya sentiasa menyeru ke arah pendekatan, keharmonian, toleransi di samping menolak perpecahan dan perselisihan di kalangan umat. "Sebagai langkah pertama, kami berusaha untuk mendekati Syiah dan menolak ekstremisme serta kekerasan di kalangan dua pihak, hingga kita menjadi kukuh dalam menyeru perpaduan yang menolak ekstremisme dan terrorisme, melarang pertumpahan darah dan peperangan antara pengikut berbagai mazhab. Kita perlu bekerjasama demi menolak seluruh anasir perpecahan yang menghancurkan keamanan dan kestabilan negara."


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky