Ulama al-Azhar: Kestabilan Mesir tidak realistik melainkan kembali kepada Ahlul Bait

  • News Code : 756953
  • Source : http://almasalah.com/
Brief

Sheikh al-Badri menjelaskan kajatuhan Mesir ke tangan pengganas boleh menyebabkan kejatuhan Mesir secara keseluruhan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Baghdad - Pejabat pengurusan Haram Imam Husain (a.s) di Karbala melaporkan pihaknya sudah menerima surat jawapan daripada ulama al-Azhar, Sheikh al-Nadi al-Badri Ahmad untuk menyertai festival Taratil Sajjadiyah, sempena kelahiran Imam Ali Zainul Abidin bin Husain, di Haram Imam Husain, Karbala.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Sayid Jalaluddin al-Shahrestari dan menjelaskan bahawa Sheikh Badri merupakan ulama al-Azhar yang bertoleransi dengan mazhab Syiah Imamiyyah serta mempunyai pendirian anti Takfiri. Tambah beliau lagi dalam surat tersebut, Sheikh al-Badri memberi peringatan bahawa menghidupkan syiar Ahlul Bait (a.s) adalah ajaran al-Qur'an.

"Sheikh Al-Badri kebelakangan ini menyeru masyarakat Mesir agar berpegang dengan Ahlul Bait (a.s) melalui persidangan anjuran Majma' Ahlul Bait di Mesir," tutur beliau.

Surat tersebut juga menyatakan kebimbangan terhadap potensi bahaya yang menyeret para umat Islam, terutama orang yang menghidupkan syiar Ahlul Bait (a.s). Lebih bahaya lagi Mesir digelar gerakan Dajjal sebagai Jazirah al-Kubra. Sekiranya ia jatuh ke tangan pengganas yang menyembah hawa nafsu, maka seluruh umat Islam juga turut rebah.

Sheikh al-Badiri turut menjelaskan kebencian terhadap Ahlul Bait setara dengan kebencian terhadap Rasulullah (s.a.w). Beliau menegaskan, barangsiapa yang mencerca Ali bin Abi Talib, maka ia terdedah dengan hukuman Allah dan tindakan membenci Ahlul Bait adalah perbuatan taat kepada sunnah Ahli Hawa serta kefasikan. - almasalah


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky