Saudi ancam tarik sumbangan dana kepada PBB

  • News Code : 759274
  • Source : Abna24.com
Brief

Ban Ki-Moon menyifatkan tindakan Saudi yang ingin menarik balik bantuan dana kepada badan dunia itu sebagai tidak wajar gara-gara mendaftarkan Riyadh dalam senarai hitam kerana membunuh ratusan kanak-kanak Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menegaskan tindakan Arab Saudi yang mengancam untuk mencatu bantuan dana kepada badan dunia itu sebagai tidak wajar. Beliau berkata demikian kelmarin setelah Riyadh menunjukkan reaksi marah dengan tindakan PBB yang menyenarai hitamkan Arab Saudi setelah pakatan yang dibentuknya telah membunuh ratusan kanak-kanak di Yaman.

Pada hari Isnin lalu, badan dunia tersebut mengumumkan penangguhan memasukkan Arab Saudi dalam senarai hitam pembunuh kanak-kanak sementara menunggu kajian bersama tentang kes kematian dan kecederaan di Yaman selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Ban berkata, keputusannya untuk mengeluarkan gabungan itu dari senarai buat sementara waktu adalah suatu keputusan yang menyakitkan dan sukar untuk dilakukannya. Ancaman penarikan pembiyaan merupakan prospek yang amat nyata apabila jutaan kanak-kanak menderita.

"Kanak-kanak sudah mendapat risiko di Palestin, Selatan Sudan, Syria, Yaman dan banyak tempat lain yang melanjutkan kesedihan," katanya kepada pemberita.

"Adalah tidak wajar negara-negara anggota memberi tekanan," tambah beliau, "Kawalan keselamatan adalah lumrah dan keperluan bagi sebahagian kerja-kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."

Awal minggu ini, Reuter melaporkan sekutu Arab Saudi memberi tekanan ke atas Ban atas penyenaraian hitam pakatan menyerang Yaman. Sementara itu Riyadh mengancam akan memutuskan bantuan kepada Palestin dan memberi dana untuk program-program PBB yang lain, kata sumber diplomatik.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini