Jurubicara al-Azhar;

Kita semua adalah Syiah dan cintai Ahlul Bait lebih dari Syiah

  • News Code : 773732
  • Source : ejaz.ws
Brief

Terdapat pihak mengambil kesempatan untuk memicu konflik mazhab Syiah dan Sunni demi mencapai tujuan politiknya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Jurucakap Universiti al-Azhar berkata, "Jemaah pengganas cuba membuktikan mereka berada di atas kebenaran dan penentang mereka adalah batil."

Beliau berkata demikian dalam sebuah forum siaran televisyen Mesir sambil menjelaskan perselisihan fikah telah wujud sejak zaman sahabat Nabi lagi dan tidak pernah tercetus masalah kerana mereka memahami format umum syariat Islam.

Tambah beliau lagi, akidah memberikan banyak kesan sehingga menjadi faktor pemikiran ekstremisme yang menjadi salah satu isu dan wacana sosial. Selain itu, terdapat pihak yang cuba mengeksploitasi perbezaan antara Syiah dan Sunni demi misi politiknya.

Tegas beliau lagi, "Kita semua adalah Syiah dan cinta Ahlul Bait lebih daripada Syiah."

Isu Syiahfobia menjadi wacana hangat di dalam Islam dunia hari ini sehingga tokoh-tokoh ulama Sunni dituduh Syiah semata-mata kerana mencintai Ahlul Bait (a.s). Selain itu kumpulan-kumpulan pengganas mengambil kesempatan menuduh anggota polis sebagai Syiah untuk menghalalkan pembunuhan.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Prophet's birthday celebrations
conference-abu-talib
We are All Zakzaky