• Perjanjian Abad Ini Akan Bertukar Jadi Penentangan Abad Ini: Ketua Kehakiman Iran

    Ketua Badan Kehakiman Republik Islam Iran, Hujjatul Islam, Syed Ibrahimi Raeisi menyatakan keyakinan beliau bahawa konspirasi pentabiran Amerika Syarikat terhadap bangsa Palestin melalui apa yang dipanggil Washington sebagai "Perjanjian Abad Ini" akan berjaya dipatahkan dan berubah menjadi "Tentangan Abad Ini", ujar beliau kepada pemberita ketika menyertai demonstrasi Hari al-Quds Sedunia di Birjand, Iran.

    Baca lagi ...
  • Perang Retorik Iran-AS

    Menteri Luar Iran, Javad Zarif menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya menghormati mereka dan bukan mengeluarkan kenyataan ancaman untuk perang, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut Tehran.

    Baca lagi ...
  • Iran Banyak Menyumbang Kepada Keselamatan Eropah: Rouhani

    Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani pada hari Rabu menunjukkan fakta berkaitan ketika beliau menyenaraikan syarat-syarat penting dalam rangka memperolehi keputusan yang menguntungkan semua pihak yang terbabit di dalam perjanjian nuklear 2015 - yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA). Fakta-fakta berkaitan dianggap penting kerana perkara itu mungkin terkesan oleh pengumuman Iran untuk menangguhkan beberapa komitmennya di bawah JCPOA baru-baru ini. Keputusan tersebut dilakukan tepat setahun selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian antarabangsa itu secara unilateral.

    Baca lagi ...
  • EU Tolak Ultimatum Iran

    Kesatuan Eropah menolak batas waktu 60 hari yang ditetapkan oleh Tehran ke atas negara-negara Eropah yang turut serta dalam kumpulan P5+1 (kecuali Amerika Syarikat) untuk bertindak aktif dalam melindungi hak dan kepentingan Republik Islam Iran daripada sekatan Amerika Syarikat seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian nuklear 2015.

    Baca lagi ...
  • Iran Tidak Akan Lagi Endahkan EU Berhubung A.S: Larijani

    Pengerusi Parlimen Republik Islam Iran, Ali Larijani berkata bahawa negara itu tidak lagi memandang serius tuntutan negara-negara Eropah kerana mereka sama sekali telah membiarkan Tehran dalam memerangi polisi bermusuhan Amerika Syarikat (A.S) sambil menyatakan bahawa Republik Islam itu akan "berhadapan" secara langsung dengan Washington.

    Baca lagi ...
  • Syria Kecam A.S Kerana Senarai Hitam IRGC

    Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengecam Amerika Syarikat berikutan tindakan negara itu yang melabelkan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang menurutnya telah banyak menyumbang kepada peperangan ke atas keganasan di negaranya sebagai pertubuhan pengganas.

    Baca lagi ...
  • Iran Kritik Eropah Berhubung Kelewatan INSTEX

    Republik Islam Iran sekali lagi menunjukkan kekesalan mereka terhadap kelewatan Eropah dalam memulakan transaksi pembayaran langsung tanpa dolar dengan Tehran sambil mengatakan bahawa benua barat itu "tidak lagi memiliki alasan" untuk terus menangguhkan projek itu.

    Baca lagi ...
  • Iran Sambut Hari Republik Islam

    Iran pada hari ini meraikan hari ulang tahun ke-40 referendum bersejarah di mana warga negara itu mengundi untuk penubuhan Republik Islam selepas sistem monarki yang disokong oleh Amerika Syarikat digulingkan melalui Revolusi Islam pimpinan Imam Khomeini.

    Baca lagi ...
  • Jangan Buang Masa Dengan Eropah: Khamenei

    Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei tidak pernah mempercayai negara-negara Eropah berhubung janji dan komitmen mereka untuk menyelamatkan perjanjian nuklear Iran, lapor akhbar tempatan Iran.

    Baca lagi ...
  • Iran Berbangga Bantu Syria: Syed Ali Khamenei

    Pemimpin Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengatakan bahawa Republik Islam Iran bangga kerana menjadi sekutu Syria dan menganggap Damsyik setara dengan negaranya dalam memperkukuhkan barisan muqawwamah.

    Baca lagi ...
  • Iran Godam Sistem Kawalan Dron A.S: IRGC

    Seorang komander kanan daripada pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran(IRGC) berkata bahawa Unit Aeroangkasa negara tersebut telah berjaya menggodam sistem kawalan dron Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Washington yang mendakwa bahawa mereka telah berjaya mensabotaj sistem peluru berpandu Iran.

    Baca lagi ...
  • Barat Tukar Timur Tengah Kepada "Tong Yang Berisi Serbuk Belerang": Zarif

    Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif berkata, Barat telah menukarkan rantau Timur Tengah kepada sebuah "tong yang berisi serbuk belerang" melalui tindakan mereka yang giat menjual senjata ke negara-negara Arab di rantau ini sambil menambah bahawa tindakan melambakkan senjata di kawasan ini tidak akan menyumbang secara posisif kepada keselamatan serantau.

    Baca lagi ...
  • Jeneral Soleimani Ingatkan Pakistan Tentang Bahaya 'Wang Saudi'

    Mejar Jeneral Qassem Soleimani memberi nasihat kepada Pakistan berhubung niat sebenar Arab Saudi yang menyalurkan berbilion dolar ke dalam ekonomi mereka dengan mengatakan bahawa tujuan sebenar rejim Riyadh adalah untuk melagakan mereka dengan dengan negara-negara jiran sekaligus memecah belahkan negara tersebut.

    Baca lagi ...
  • Semua Tentera Asing Perlu Tinggalkan Syria: Iran

    Menteri Luar Republik Islam Iran, Mohammad Javad Zarif berkata bahawa semua negara perlu berusaha untuk mempermudahkan proses damai di Syria sambil menekankan bahawa tentera asing yang berada di sana tanpa persetujuan Damsyik perlu menarik keluar anggota mereka secepat mungkin.

    Baca lagi ...
پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini