Jenayah Arab Saudi di Sana'a adalah yang terdahsyat setakat ini.

Imam Solat Jumaat Tehran Kecam Saudi Di Atas Pengeboman Majlis Perkabungan.

  • News Code : 785701
  • Source : ABNA24
Brief

Imam Solat Jumaat Tehran, Ayatullah Syed Ahmad Khatami mengutuk rejim Saudi di atas pembunuhan yang mereka lakukan secara berterusan ke atas rakyat awam Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Imam Solat Jumaat Tehran, Ayatullah Syed Ahmad Khatami mengutuk rejim Saudi di atas pembunuhan yang mereka lakukan secara berterusan ke atas rakyat awam Yaman.

Berucap di hadapan jemaah yang besar di kampus Universiti Tehran pada hari Jumaat semalam, Ayatullah Khatami berkata, "Jenayah Arab Saudi yang terbaru di Yaman adalah yang paling dahsyat setakat ini. Jet-jet pejuang Arab Saudi telah mengebom sebuah dewan komuniti di mana sebuah majlis pengebumian sedang berlangsung."

Di dalam serangan itu, hampir 150 orang terkorban dan ratusan yang lain pula dilaporkan cedera. Angka kematian itu dilaporkan sebagai yang tertinggi di dalam sebuah insiden semenjak Mac 2015 apabila Riyadh memulakan kempen mereka untuk memusnahkan gerakan Ansarullah dan sekutu mereka di Yaman. Arab Saudi dengan campur tangan mereka berharap supaya dapat mengembalikan kuasa kepada bekas presiden iaitu Abd Rabbuh Mansur Hadi.

Selain daripada itu, beliau juga menegaskan bahawa Amerika Syarikat sentiasa membantu kerajaan Riyadh di dalam pencerobohan mereka terhadap Yaman sambil berkata, "Dron A.S membantu rejim Arab setiap masa." Beliau juga berharap bahawa dunia Islam akan menyaksikan kejatuhan rejim Saudi dalam tempoh yang terdekat.

Di dalam perkembangan yang terbaru, A.S juga telah melancarkan serangan secara langsung ke atas negara Arab yang miskin itu pada minggu ini sekaligus memusnahkan instalasi radar Yaman di beberapa buah kawasan. Untuk membenarkan tindakan itu, A.S mendakwa bahawa kapal-kapal perang mereka diserang peluru berpandu daripada wilayah yang dikuasai oleh pihak Ansarullah dan sekutunya. Dakwaan itu disangkal keras oleh gerakan tersebut dan tentera Yaman. Setakat ini A.S sendiri tidak mampu mendakwa siapa yang menjadi dalang di dalam serangan tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

پیام رهبر انقلاب به مسلمانان جهان به مناسبت حج 1441 / 2020
conference-abu-talib
We are All Zakzaky
Tidak Kepada Perjanjian Abad Ini